Assalamualaikum,
Suka saya nak kongsi catatan perjalanan ziarah saya dan keluarga ke selatan Johor baru-baru ini. Saya dan keluarga mengambil kesempatan cuti hujung minggu Krimas 2009 untuk menziarahi saudara mara di selatan Johor. Tahun ni tak ke Singapura, seperti mana tahun lepas. Kami berempat saja kali ni kerana seorang ahli keluarga kami tak dapat join sama...
Hari Jumaat tu kami singgah di kampung dulu untuk ambil Abah dan Mak untuk membawa mereka ke terus ke rumah Izuan. Tiba di kampung kira-kira jam 9.00 pagi. Lepas pekena teh kami semua pun bertolak ke Johor Baru, dari rumah Pt Orang Kaya kami singgah dulu ke pusara Allahyarham Bonda Ruha...
Kami tiba di rumah Izuan, Taman Nusa Damai kira-kira jam 12.30 tengah hari, lepas angkat beg dan "check in" bilik, saya, Izuan dan Abah pun pergi solat Jumaat di masjid berhampiran. Kami menginap selama 2 malam di rumah Izuan dan kembali ke KL pada pagi Ahad 27 Dec. Terima kasih banyak kepada Izuan dan Akma atas layanan baik kalian. Teringat makan daging salai masak lemak cili api lepas solat Jumaat tu, pergh!!
Ziarah kali ni bermula dari rumah Izuan:
1. Pagi Sabtu 26/12- ke rumah Cik Dollah bersama Izuan, Abah dan Mak.
2. Pagi Sabtu 26/12 - Dari rumah Cik Dollah, ke Majlis kenduri kahwin anak kepada saudara Mak, En Dollah juga (bekas staff JPJ) di Kg melayu Majidee
3. Tengahari Sabtu 26/12 - dari kenduri kahwin terus ke rumah Nyaie dan Wak Ratom di Felda Papan Timur, Kota Tinggi. Kedua-duanya nampak sihat...
4. Pagi Ahad 27/12, check out dan bertolak ke Batu Pahat. Singgah di Ayer Hitam, cuci mata sikit ...Dari situ kami sempat juga jumpa Mat Shah sekejap kerana "rindu"...
5. Tengahari Ahad 27/12 sampai di rumah Cik Yah, ziarah Cik Sarip yang tidak berapa sihat...Masa nak balik ke KL hujan lebat.
Sampai rumah jam 10.00 mlm kerana highway sesak gila dari Senawang ke KL..

Sarapan pagi di Pagoh jam 8 pagi, Faris masih mengantuk kerana bangun awal sebelum subuh. Pekena roti canai di bawah cahaya suria pagi...

Tiba di rumah Izuan, menyambut kami dengan puteri sulungnya, Nuha...

Inilah dia puteri sulung Izuan, adik Nuha ...

Berehat melepas penat travel dari BP sambil melihat telatah Nuha yang riang dan ramah

Petang Jumaat tu juga, kami round-round aje kat Danga Bay, tak turun dari kereta pun. Jumpa tanda nama jalan ni...ramai orang chatting dalam sungai ni tau!

Esuknya Sabtu 26/12, jam 10.00 pagi kami tiba di rumah CikDollah. Alhamdulillah, Cik Dollah nampakt sihat walaupun kelihatan kurus sedikit.

Inilah keistimewaan rumah CikDollah, banyak gambo-gambo lama dipamirkan..CikDollah memang minat sungguh dengan aktiviti ni, boleh bukak muziumlah...

Antara gambo di dinding yang saya snap...Potret bersama Allahyarham nenek Konah...Muga Allah rahmati keatas rohnya, Amin. Cuba teka yang mana saya dan kakak saya?

Satu lagi gambar lama...pada 1959, Ayahanda Hj Mohd Shuhud bergambar bersama Allahyarham Bonda Ruha, semuga Allah rahmati juga keatas rohnya, Amin...

Abah dan Cik Dollah, nampak macam seiras pulak...

Punyalah montel satu-satunya cucu CikDollah, anak kepada si Ros. Hai Yang teringin lagi ka?

Potret kenaangan...kena bagi satu copy kat Wak Dollah ni..

Selamat tinggal Cik Dollah, insyaallah jumpa lagi tahun depan...Muga sihat sejahtera selalu

Dari rumah Cik Dollah kami kemajlis kenduri kahwin di Dewan Kg Melayu Majidee,anak saudara mak. Tuan rumahnya Dollah JPJ. Faris tgh nak menikmati nasi minyak kosongnya.

Inilah tuan rumahnya, En Dollah yg jatuh seminggu seblm majlis kahwin anaknya. Kakinya retak tidak boleh berjalan. Ini masa kami hendak pulang.

Dari kenduri kahwin kami kerumah Nyaie di Felda Papan Timur, blok 8 Kota Tinggi. Inilah kediaman Nyaie tinggal bersama Cik Talib dan Cik Amik. Hampir 2 jam perjalanan dalam hujan lebat sewaktu tiba...


Nayie semakin uzur tapi pendengaran dan penglihatannya masih baik., kemungkinan sudah mulai lupa kerana selalu bertanya berulangkali. Dan difahamkan usianya 96 tahun. Pergerakkannya hanaya menghisut, dia tak boleh berdiri sejak jatuh setahun dua yang lalu.

Nyaie mengemas kain bajunya kerana nak ikut Abah balik Batu Pahat...bersungguh-sungguh dia nak ikut Abah sambil merayu-rayu...sayu hati kami melihat situasi tersebut

Abah cuba menenangkan perasaan ibunya yang nak ikut pulang...menangis macam kanak-kanak..

Tanda kasih anak kepada ibunya...

Inilah wajah Nyaie dari dekat. Sedih hatinya kerana Cik Amik tak izinkan dia ikut.

Bersama Cik Talib dan isteri Cik Amik yang menjaga Nyaie

Dari rumah Nyaie, kami ke rumah Cik Kutip dimana Wak ratom tinggal bersamanya.

Kabare Wod? Ratom, kakak Abah. bertanyakan keadaan kaki Abah.
Matanya dah kabur, tak berapa nampak orang kecuali pada jarak dekat tapi pendengaran nya masih OK.

Cik Kutip, isterinya tiada kerana berjalan ke rumah anak-anaknya di Kulai.

Wak Ratom ucap selamat jalan kepada kami semua...semuga jumpa lagi insyaAllah...

Ahad 27/12 pagi lepas breakfast kami check-out dari rumah Izuan lalu terus ke rumah Long di Seri Alam. Long dan isteri baru tiba dari terengganu pada jam 1 pagi kerana hantar Manja ke KUSZA. Dapat ole-ole daripada K Long dari Terengganu.

Bersama big brader, insyaAllah tahu depan saya sampai lagi...

Dari rumah Long kami singgah di Ayer Hitam, cuci mata sikit...

tengah cari tongkat sakti dah!

Dari Ayer Hitam, kami jumpa Mat Shah lama tak jumpa! Nabilah dah kembang hidungnya bau baryani gam si mat shah!

Amacam? Ada teringin? jom turun BP! tapi tak boleh selalu, kolestrol naik!!
Dari ayer hitam, kami singgah ke rumah CiK yah kerana dengar kabar Cik Sarip tak berapa sihat. Cik Yah sihat.
Cik Sarip memang nampak tak berapa sihat, nampak uzur kerana keadaan kesihatannya...beliau bertongkat. Jatuh dari motor kerana serangan darah tinggi. Ada sedikit masaalah saraf dan buang air kecil juga. Tak bergerak cergas lagi macam biasa, sesiapa ada kelapangan, eloklah segera ziarah beliau di kampung...
Perlahan suara dan tak banyak cakap macam biasa...
Gambar sewaktu kami nak berangkat pulang...semuga Allah kembali kesihatannya yang normal.
Hujan lebat sewaktu kami meninggalkan rumah Cik Yah, ikut jalan Pt salam melintasi tanah milik Long. Jambatan dah siap dan dah baru tambak tanah. dengar cerita Long nak buat rumah dan menetap di sini setelah bersara nanti. Muga tercapai hajat Tuan.
Demikianlah serba ringkas catatan Ziarah Selatan saya dan keluarga sebagai penutup tirai kami untuk 2009. InsyaAllah, ada umur panjang kami akan ke selatan lagi pada tahun 2010 nanti.
Antara pengajaran yang nyata buat saya dan mungkin untuk saudara sekelian juga daripada apa yang yang kita saksikan....
....ingatlah masa lapangmu, sebelum sibuk
....ingatlah masa muda, sebelum tua
...ingatlah masa sihat, sebelum sakit
...ingatlah masa hidupmu, sebelum mati