Monday, July 27, 2009

Ketua dan Pemimpin Kanan Puak Anai-Anai ditumpaskan ?

Pada lewat petang setelah operasi meracun kali ketiga dilakukan sekumpulan Serangga besar keluar dari lokasi suspek iaitu dibawah tanggan anjung. Serangga yang berwarna hitam itu dengan tiba-tiba keluar dari satu lubang dan kira-kira 10 ekor kesemuanya, namun sebahagian besar telah mati dipermukaan lubang tersebut. 2 ekor lagi cuba melarikan diri walaubagaimanapun akhirnya terkorban juga akibat terkena racun yang mempunyai kekuatan tahap 2 itu. Serangga2 ini disyaki ketua atau queen of the anai-anai yang menyerang rumah. Oleh itu cadangan bagi mengadakan preventive maintenance setiap 2 kali setahun atau sekali setahun adalah disokong, kerana ini dapat menumpaskan kegiatan mereka ini. Berikut adalah gambar2 mereka..







Harap maaf jika gambar kureng memuaskan sebab masa takde DSLR, cik sahak dah balik, saya balik isnin. Berikut pula gambar sesi perbincangan dgn Wak Samad, yang berdiri tulah Wak Samad, ala2 bagi briefinglah...yang kat pintu tu the one and only cik sahaklah..



Tuesday, July 14, 2009

TAZKIRAH DI SURAU WANGSA MELAWATI

SOLAT :

- Jangan buat solat hajat bila ada masalah sahaja.
- Orang yang meninggalkan solat subuh menyerupai babi.
- Orang yang meninggalkan solat zuhur sama seperti meruntuhkan kaabah.
- Orang yang meninggalkan solat maghrib seperti berzina dgn ibubapa.
- Malaikat melaknat orang yang tidak solat.
- Orang yang tidak solat jangan diziarah masa sakitnya dan jenazahnya jgn di iring.

ORANG YANG TIDAK SOLAT ADA 15 KESIKSAAN ;

6 MASA HIDUP
3 MASA HENDAK MATI
3 MASA DIDALAM KUBUR
3 MASA DI AKHIRAT

MASA HIDUP:

1) ALLAH tanggalkan baraqahnya.
2) dihilangkan wajahnya wajah orang soleh dan solehah.
3) tiap2 amalan tidak diberi pahala.
4) ALLAH tidak terima doa2nya dan malaikat tidak bawa doanya ke langit.
5) dimurkai segala makhluk dan tidak suka padanya.
6) tidak dapat doa dari para solihin.

3 MASA HENDAK MATI:

1) mati dalam hina.
2) mati dalam lapar
3) mati dalam dahaga.

3MASA DALAM KUBUR:

1) disempit dan dihimpitkan jasadnya.
2) dinyalakan atasnya api seperti dipanggang.
3) malaikat yang wajahnya seperti ular, kukunya sepanjang 100 hari perjalanan, suaranya amat
menakutkan dan kita dipukul. Mayat terbenam kedlm bumi dan dicungkil dgn kukunya.

3 MASA DIAKHIRAT:

1) Allah seret muka kita.
2) ALLAH lihat dgn murka.
3) Dihisab dgn tiada timbang rasa.

Sabda Nabi S.A.W, jika orang itu sengaja tinggalkan solat fardhu nama orang akan ada dipintu neraka.

10 GOLONGAN ALLAH TIDAK MAHU PANDANG DIAKHIRAT:

1) Orang yang suka berzina
2) Raja yang zalim
3) Orang yang mengekalkan minum arak
4) Orang yang derhaka pada 2 ibubapanya
5) Orang yang berjalan2 suka menyampaikan cerita
6) Orang yang jadi saksi bohong
7) Orang yang tidak bayar zakat
8) Orang yang makan riba
9) Orang yang zalim
10) Meninggalkan SOLAT digandakan siksanya dan dihalau ALLAH pada hari kiamat.

AMEEN

SEKADAR RENUNGAN

TANDA-TANDA HATI MATI

1) Bila buat dosa tak rasa bersalah.

2) Bila tidak SOLAT tak rasa bersalah.

3) Banyak cakap tentang perkara yang sia-sia.

4) Terlalu banyak makan, tak kenyang2.

5) Banyak tidur - asal cuti tidur, sabtu ahad bangun lambat, tengok tv pun tertidur.

Rumah di kampung akan runtuh ?

Assalamualaikum saudara-saudara yang dikasihi,

Saya berada di kampung pada 4 - 5 Julai dan sempat membuat tinjauan rambang mengenai keadaan lantai rumah yang sedang diserang hebat oleh anai-anai. Gambar-gambar di bawah adalah di lantai bilik depan sekali bersebelahan bilik Abah.

Anai-anai bekerja siang malam tanpa henti dan jika kita biarkan rumah tersebut boleh runtuh secara tiba-tiba! Lantai yang dilitupi carpet dan tikar getah mengalakkan anai-anai dan sukar untuk kita lihat sejauh mana kesannya sehingga kini.

Saya telah berbincang dengan saudara Ishak dan beliau setuju untuk mengetuai operasi bongkar tikar dan bunuh anai-anai pada hari Sabtu/Ahad yang akan ditetapkan nanti oleh beliau.

Dengan membongkar tikar/carpet dapat kita nilaikan keadaan sebenar sebelum membuat tindakan selanjutnya

Saya menyeru tenaga sukarela anak-anak dan cucu-cucu lelaki Hj Shuhud untuk untuk menyertai operasi ini demi kesejahteraan Abah dan Mak. Mereka yang dari KL boleh car pool dan tidak perlu bawa family.

Ishak, sila plan dan lancarkan operasi Bongkar dan Bunuh sesegera mungkin sebelum Ramadan.

Wassalam.





Monday, July 13, 2009

Sepetang di Wangsa Melawati, Ahad 12 Julai 2009. Terima kasih atas kunjungan Ishak sekeluarga...


Bagus camtu Syikin, datang rumah Pak Teh lagi tau!


Pose istimewa si puteri bongsu...


Beras dua ni nampak macam ada seiras lak...


Semuga ikatan tali persaudaraan terus erat dan menjadi contoh kepada generasi anak-anak.

Monday, July 6, 2009

Berkongsi Maklumat Majlis-Majlis Ilmu seperti Kelas Agama Umum Mingguan/Bulanan,Forum,Ceramah,Kursus-kursus,Program TV & Radio,Laman web /blog dll.

Assalamualaikum wbkt.

HMSS Family mencadangkan agar mereka yang mempunyai maklumat atau sedang mengikuti kuliah2 umum disekitar kediaman atau dimana sahaja dapat mengwar-warkannya di Blog ini dengan memasukkannya dalam ruangan comments. Mungkin ada yang hadir ke kelas hujung minggu atau kuliah bulanan dan sebagainya. Bagi yang dapat join, joinlah yang tak dapat tak apa,mungkin bila ada masa nanti. Selain dapat membantu dan berkongsi peluang mendalami ilmu agama dan pendidikan jiwa ia juga dapat juga kita dapat bertemu sekeluarga dalam majlis ilmu, Insyallah.

Friday, July 3, 2009

Tahukah anda bilakah berakhirnya waktu untuk solat Isyak?

Banyak orang menyangka bahawa mereka boleh menangguhkan solat Isyak
selagi tidak masuk waktu Subuh atau terbit fajar. Sedangkan Allah S.W.T. memerintahkan
kita melakukan solat tepat pada waktunya.

Waktu Isyak bermula daripada mega merah sehingga pertengahan malam yang
pertama. Menurut pendapat ulama, pertengahan malam yang pertama itu berada pada jarak masa
pukul 1.00 pagi hingga ke pukul 2.00 pagi. Rasulullah s.a.w melarang mengerjakan solat
Isyak pada pukul 3.00 atau 4.00 pagi. Jika sesiapa mengerjakan solat pada waktu tersebut, ia
diibaratkan seperti solat Subuh pada pukul 9.00 pagi.

Ini bermakna, waktu tersebut bukan waktu akhir untuk solat Isyak. Jika
seseorang itu melakukan solat luar waktu yang telah ditentukan, dia telah menyalahi perintah Allah.
Hukumnya adalah berdosa.

Sebagaimana firman-Nya

"Sesungguhnya solat itu adalah wajib ke atas orang-orang yang beriman
dengan ketetapan yang telah ditetapkan waktunya." (An-Nisa': 103)


Ingatan untuk diriku sendiri juga..... (ihsan daripada email Yusniwati Abd Ghani)

Thursday, July 2, 2009

Happy Birthday July !!!


Salam semua,

Apa kabar sume? Seperti biasa kita akan umumkan senarai mereka yang sambut birthday bulan Julai ini. Kami mengucapkan Selamat Meyambut Ulang Tahun Hari Lahir anda semoga Allah kurniakan kesihatan dan dimurahkan lagi rezeki kepada anda semua. Amin

Birthday Boy & Girls July
-------------------------
Muhammad Nazirul Hafiz bin Mohd Zulfadli 12th July
Amirah Batrisyia Bt Hisam Jaya 13th July
Majidah binti Abdullah a.k.a MakTeh 25th July


Mungkin ada lagi tetapi mereka tak update data kepada saya, sila sms or email saya di mdellias@gmail.com. (Cik Pidah, satu family takde birthday details huhu...)

Wednesday, July 1, 2009

Tahniah dan Selamat Belajar !




Salam semua,

Semalam cikyas dapat panggilan telefon dari Pak Long, beliau ada memberitakan bahawa beliau baru saja pulang dari Terengganu Darul Iman kerana baru selesai menghantar Anje ke Universiti Darul Iman Malaysia (www.udm.edu.my),sebuah universiti awam baru di timur tanahair (dulunya KUSZA). Kalau tak silap programnya Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah)...Tahniah diucapkan kepada anje dan juga keluarga pak long. Kabarnya cik anje ni minat dalam pendidikan,insyallah semoga berjaya. Kakaknya juga Dilah@Yayang baru bermula mengajar di Bangi,kalau tak silap praktikal..Alhamdulillah bertambah Ustazah dalam family kita...

Nurool anak encik Yassin@Pak Ngah ni pulak bakal mendaftar (kalau tak silap minggu ini) di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam untuk melanjutkan pengajiannya di peringkat Ijazah,kalau tak silap programmnya Bachelor of Art & Design (Hons.) Graphic Design ...wah dasat2..cik nurul ni kabarnya dah pakar merekabentuk grafik dengan Apple Macintosh dan yang sewaktu dengannya dan mungkin akan mengulangi kejayaan pelajar Art & Design UiTM yang berjaya merekabentuk asal Ford Escape and macam2 lagi..Good Luck!...

Ira@Along,Farhan & Fiqah pula dah memulakan pengajian mereka yang juga di IPTA,iaitu Along di Kolej Matrikulasi Sains Kuala Pilah,kabarnya beliau bercita2 ingin menjadi doktor gigi dan berinspirasikan Mak Ngahnya yang dah lama berpengalaman dalam bidang tersebut, Insyallah semoga berjaya!. Farhan pula sedang menyambung pengajian Diploma Kejuruteraan Awam di Politeknik Shah Alam,kabarnya beliau bercita2 ingin menjadi jurutera..so kepada Paan teruskan usaha okay! Beliau juga sedang menunggu insurans claim motornya yang telah dicuri dulu,kesian. Kepada Nurul,kalau bawak motor ke Shah Alam, jaga betul2..kalau boleh simpan dalam bilik hehe.. Sorang lagi ahli HMSS yang telah berada di IPTA ialah adik kepada Paan iatu siapa lagi kalau tak bukan cik Fiqa kita, beliau sekarang sedang menyambung pengajiannya dalam program Diploma Perbankan di Universiti Teknologi MARA,Pahang. Cik Fiqa kita ni bercita2 untuk menjadi pegawai bank yang berjaya..teruskan usaha anda,semoga anda berjaya..

So tahniah sekali lagi dan selamat maju jaya kepada you all semua dan ibubapanya,fokuslah kepada pengajian dan jangan lupa Allah SWT dan ibubapa anda semua. Dengan berkat doa ibubapa dan anda sendiri Insyallah apa yang dicita2kan akan tercapai...Jangan mudah give up, takde yang senang dan susah dalam pelajaran, sebab dah nama pun belajar...tak kisah dimana & bagaimana kita bermula yang penting dimana dan bagaimana kita berakhir okeh..

Kepada yang bakal duduki SPM,PMR,UPSR dan tadika@taska buatlah yang terbaik kay !, contohilah kakak2 dan abang2 ni kay..Study smart and good luck !


CikYas