Saturday, October 31, 2009

Majlis Pertunangan Amal - Alhamdulillah semuanya beres!!





Alhamdulillah semuanya selesai...tahniah Amal!

Kami berkumpul pada pukul 2pm di rumah Pak Nyah. Ada mini BBQ skit,best..Rombongan disertai oleh Mak Ngah, Cik Sam & Cik Ati, Cik Uji,Mak Teh & Angah,Nurul,Cik Deris & Cik Zarah dan juga saya. Oleh kerana Pak Lang & Pak Teh tak dapat join maka setelah puas memikirkan siapa yang harus jadi wakil lelaki sama saya(muda sangat),Cik Sam (Kelakar Pulak) maka Cik Derislah yang menyelamatkan keadaan. Apapun family sebelah perempuan semua cool & okay jer...tak sarat dgn protokol or adat2 resam. Yang penting tujuan kita dah jelas. Tapi terima kasih juga kepada Pak Lang sebab sediakan skrip, asalnya kepada saya then saya past to cik sham, pastu bila cik deris sampai walaupun lewat sikit apalagi kita berikan mandat kat diala...anyway well done cik ris! walaupun bidan terjun.. ramai lagi anak2 sedara lelaki nih hehehe...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan teratur...ini gambar2 from handset saya, gambar2 DSLR kita tunggu drp Nurul nanti, mak teh pun ada..So tempoh dicadangkan ialah 1thn,so sama2lah kita doakan agar segalanya dipermudahkan untuk Amal dan Mak Ngah sekeluarga..Amin

Thursday, October 29, 2009

fatindentine.blogspot.com














Salam semua.. saja nak promote blog along ni..hehe baru je create, nak kasi update untuk orang orang di malaysia..cehh..untuk family ku tercinta..

Tengok la ni ada gambar2 sikit...
Rajin2 bukak laa fatindentine.blogspot.com

FATIN NADHIRAH
EL-MANSOURA

Friday, October 23, 2009

Gempar 35 sejadah berdiri di surau..betul ke?

Okt 20, 09 6:29pm
Warga SK Tok Sangkut di Pasir Mas gempar apabila 35 helai sejadah di dalam surau didakwa berdiri secara misteri dengan sebahagiannya menyerupai individu sedang menunaikan solat.

Kejadian itu disedari seorang murid yang kemudiannya memaklumkan kepada gurunya Adnan Abdullah, 37, ketika sesi pembelajaran dijalankan berhampiran surau berkenaan.

"Kejadian berlaku pukul 10.40 pagi, ketika saya menjalankan sesi pembelajaran di luar kelas disebabkan kelas sedang diubahsuai, seorang murid yang terpandang ke arah surau memberitahu sejadah kelihatan berdiri," katanya kepada pemberita di Pasir Mas hari ini.

Adnan berkata beliau kemudiannya membuka pintu surau dan amat terkejut melihat sebanyak 35 helai sejadah dalam keadaan berdiri iaitu 16 helai di bahagian lelaki dan 19 lagi di bahagian perempuan.

"Lebih aneh lagi apabila satu helai lagi berada di bahagian hadapan sekali iaitu di tempat imam dalam keadaan yang sama menunjukkan seolah-seolah sedang melakukan solat secara berjemaah," katanya yang telah mengajar di sekolah berkenaan sejak tujuh tahun lalu.

Menurut Adnan, beliau percaya kejadian itu membuktikan keagungan Allah yang mahu umatnya bermuhasabah diri.

"Bagaimanapun ia terpulang kepada tafsiran individu, bagi saya tak mungkin perkara ini dilakukan oleh manusia kerana tempoh semua sejadah dalam keadaan demikian lama," katanya.

Beliau berkata pada bulan Ramadhan yang lepas perkara yang sama turut berlaku di rumah penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya turut berdiri sendiri.

Manakala bagi pembantu penguasa pejabat agama Pasir Mas, Kamarudin Zakaria yang ditemui di situ berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menggemparkan penduduk setempat.

"Ia terpulang kepada tafsiran setiap individu untuk menganggap ia perkara ajaib atau sebagainya, tetapi bagi saya perkara-perkara sebegini boleh memesongkan akidah seseorang," katanya.

Kamarudin berkata pihaknya akan memaklumkan perkara berkenaan kepada jabatan agama dan jika sejadah masih dalam keadaan demikian sehingga esok, pihaknya akan mengambil tindakan yang perlu.

Sementara itu, kawasan sekolah berkenaan sesak dengan orang ramai yang ingin melihat kejadian itu dari dekat. BERNAMA

Thursday, October 22, 2009





Cik sahak tolong bagi tips mcmana nak dapatkan seketul besi yang bernama Mercedes Benz E Class 2010 ni heheh...

Tuesday, October 20, 2009

BULAN ZULKAEDAH




Zul ertinya "yang empunya". Qa'dah ertinya "duduk". Ini membawa erti bahawa bulan Zulkaedah ialah bulan untuk berehat-rehat.

Sejak dari dahulu lagi, sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab telah mengiktiraf bahawa Zulkaedah adalah satu bulan daripada empat bulan yang mulia dan diharamkan berperang.

Maka masyarakat Arab jahiliah tidak keluar berperang pada bulan ini. Selain Zulkaedah, bulan Zulhijjah, Muharram dan Rejab juga adalah bulan haram ( bulan yang dimuliakan dan diharamkan berperang ).

Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW mengekalkan kemuliaan empat bulan haram ini, mengekalkan namanya dan mengharamkan berperang padanya.

Bersempena inilah dinamakan ia dengan "Zulkaedah


KELEBIHAN BULAN ZULKAEDAH

Bulan Zulkaedah adalah satu dari empat bulan haram. Bulan haram adalah bulan yang amat dimuliakan. Bulan haram adalah bulan persaudaraan, perdamaian dan kemaafan.

Masyarakat kafir Quraisy menangguhkan permusuhan dan peperangan di bulan haram maka kita sebagai umat Islam hendaklah lebih menghormati bulan-bulan haram ini.

Eratkan silaturrahim, yang bermusuh, damaikanlah, yang berdendam, berlapanglah dan yang renggang, rapatkanlah, InsyaAllah hidup penuh berkat dan harmoni.

Tiada ibadah khusus dalam bulan Zulkaedah. Bulan Zulkaedah adalah bulan permulaan musim haji. Namun begitu sebahagian besar ulamak mengatakan bahawa umrah adalah lebih afdhal di bulan Zulkaedah berdasarkan Rasulullah SAW mengerjakan umrah-umrah beliau di bulan Zulkaedah dan haji tamattu' juga dimulakan di bulan Zulkaedah.

Daripada Abu Bakrah(1), sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:

Sesungguhnya zaman itu berputar sejak awal waktu Allah menjadikan langit-langit dan bumi. Satu tahun mengandungi dua belas bulan ini, darinya empat bulan haram, tiga dari empat bulan ini berturut-turutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram dan satu bulan berasingan ialah Rejab di antara Jamadil Akhir dan Sya'aban.

PERISTIWA PENTING

1. Peperangan Bani Quraizah

Peperangan ini berlaku pada tahun ke 5 Hijrah. Setelah tentera Ahzab telah ditewaskan maka malaikat Jibril AS telah memberitahu Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah memerintahkan nabi agar pergi ke perkampungan Bani Quraizah.

Bani Quraizah ialah satu puak Yahudi yang telah terlibat bergabung dengan tentera Ahzab, mengepung umat Islam semasa perang Ahzab. Rasulullah SAW yang masih belum sempat melucutkan pakaian perangnya telah mengerah tentera Islam mengepung perkampungan Bani Quraizah sehinggalah mereka menyerah kalah.

2. Perjanjian Hudaibiyah

Peristiwa ini terjadi pada bulan Zulkaedah, penghujung tahun ke 6 Hijrah. Antara sebab berlaku Perjanjian Hudaibiyah tersebut, Nabi SAW mengumumkan kepada kaum muslimin keinginan baginda Rasulullah SAW untuk berangkat pergi ke Mekkah bagi melaksanakan satu lagi ibadah iaitu dengan menunaikan ibadah umrah.

Hasil pengumuman tersebut yang diberitahu itu telah mendapat sambutan yang sangat baik oleh sekitar 1 400 orang sahabat dari kaum Muhajirin dan Ansar pada masa itu. Nabi Muhammad SAW berihram untuk ibadah umrah tersebut ditengah perjalanan dan membawa bersama-sama binatang yang boleh disembelih atau dikorbankan (al-hadyu) supaya ianya menjadi pentunjuk atau sebagai memberitahu kepada orang-orang lain bahawa Nabi Muhammad SAW keluar sedemikian bukan untuk bermaksud untuk berperang tetapi ianya semata-mata untuk menziarah ke Baitulullah iaitu Ka'abah, bagi menunaikan ibadah Umrah tersebut.

Dalam perjalanan ke Makkah, Rasulullah SAW telah disekat oleh kafir Quraisy dan dihalang dari memasuki Makkah. Berlaku beberapa perundingan dan ia membawa kepada perjanjian damai yang dinamakan "Perjanjian Hudaibiyah". Dalam perjanjian itu, Rasulullah SAW dibenarkan memasuki Makkah dan mengerjakan umrah hanya pada tahun hadapan serta tahun seterusnya dan gencatan senjata selama sepuluh tahun di antara Makkah dan Madinah.

3. Bai'atur Ridwan

Peristiwa ini berlaku sebelum terjadinya Perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah SAW telah mengutus Usman RA ke Makkah untuk membahas masaalah mengapa rombongan Rasulullah SAW dihalang dari memasuki Makkah untuk mengerjakan umrah. Sesampainya di sana Usman bin Affan RA ditahan selama beberapa waktu oleh orang-orang Quraisy.

Dalam pada itu sampailah berita kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Usman bin Affan RA telah mati dibunuh oleh orang-orang Quraisy. Maka Nabi Muhammad SAW dengan lantangnya menyatakan tekadnya : "Kami tidak akan tinggal diam, hingga kami berhasil menumpas kaum Quraisy".

Kemudian Rasulullah SAW mengajak berbai'at. Maka terjadilah Bai'atur Ridhwan di bawah sebatang pohon di tempat tersebut. Bai'at yang dimaksudkan ialah satu perjanjian yang berlaku antara Nabi Muhammad SAW bersama para-para sahabat yang ada ketika itu untuk bersatu padu dan bekerjasama menentang orang-orang kafir Quraisy.

Para sahabat berbai'at kepada Nabi Muhammad SAW untuk tidak takut dan lari meninggalkan medan perang sebagai tanda membalas dendam di atas kematian yang menimpa sahabat baginda Rasulullah SAW. Sementara itu Rasulullah SAW menepukkan tangannya yang satu ke tangan yang lain seraya berkata : "Pembai'atan ini untuk Usman bin Affan".

Setelah pembai'atan tersebut, yang mana telah didengari oleh pihak orang-orang Quraisy, barulah datang berita yang menyampaikan kepada Rasulullah SAW bahawa khabar terbunuhnya Usman bin Affan itu tidak benar.

4. Berlakunya Haji Wida'

Pada tanggal 25 Zulkaedah tahun ke 10 Hijrah, Rasulullah SAW meninggalkan Kota Madinah untuk menuju ke Kota Makkah bagi menunaikan Haji Wida' (Haji Penghabisan), baginda disertai seramai 10,000 kaum muslimin.

Haji tersebut adalah haji pertama Rasulullah SAW dan yang terakhir bagi baginda. Rasulullah SAW hanya mengerjakan sekali sahaja ibadah haji dan empat kali ibadah umrah sepanjang umurnya mengikut catatan sejarah.

5. Kematian Syeikhul Islam, Ibnu Taimiyah

Nama lengkap Ibnu Taimiyah ialah Taqiyuddin Abdul Abbas Ahmad bin Abdul Salam bin Abdullah bin Muhammad bin Taimiyah Al-Harrani Al-Hambali. Beliau dilahirkan pada hari Isnin, 10 Rabiulawal 66l Hijrah bersamaan 22 Januari 1263 Masihi di Harran. Beliau adalah seorang yang amat berjasa dalam melaksanakan dasar "pembersihan" dalam Islam.

Apabila umat Islam sudah mula menyimpang dan mencampur adukkan unsur-unsur bid'ah dan khurafat dalam ajaran Islam pada zamannya maka beliau tampil berusaha mengembalikan mereka ke landasan Islam yang sebenarnya. Beliau juga meninggalkan ratusan buah kitab karangannya yang menjadi rujukan sehingga sekarang. Karangan terbesarnya ialah Fatawa Ibnu Taimiyyah yang menjadi rujukan ahli fiqh dan hukum sehingga ke hari ini. Beliau meninggal dunia hari Isnin, 20 Zulkaedah 728 Hijrah. (28 September 1328 Masihi), dalam usia 67 tahun, setelah sakit dalam penjara lebih dari 20 hari.

Beliau menghembuskan nafas yang terakhir di atas tikar solatnya, sedang dalam keadaan membaca Al-Quran. Walaupun beliau juga seorang yang banyak dibenci orang kerana pendirian tegasnya, tetapi jenazah beliau diiringkan ke pusara oleh 200,000 orang lelaki dan 15,000 orang wanita.


Sumber : http://almizan.wordpress.com/2007/11/30/ganjaran-bulan-zulkaedah-zulhijjah/

Friday, October 16, 2009

Model Terbaru Perodua MPV codenamed D46T akan berada dipasaran November ini!!!








Nampak Interior and exterior dia lebih kemas dari Exora. Harga pun much cheaper from Exora iaitu daripada RM57k - RM60k. MPV terbaru Perodua ini berenjin 1.5DVVT yang dikatakan jimat petrol dan lebih berkuasa. Model yang berasal dari Toyota Passo Sette ini mempunyai 7 tempat duduk dan ianya adalah kakak kepada MyVi kerana Toyota Passo Sette berchasis asal Toyota Passo. Satu lagi model dari Daihatsu juga sama seperti ini iaitu Daihatsu Boon Luminas yang asalnya dari Daihatsu Boon saje. So adakah Perodua akan menggunakan nama tambahan kepada Myvi juga misalnya Myvi dot dot dot...sama2 kita tunggu...

Wednesday, October 14, 2009

Peluang Perniagaan di HMSS Blog


Salam...

PERNIAGAAN adalah suatu kegiatan yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Didalam HMSS family kita mempunyai bilangan ahli yang ramai. Sebenarnya kita mampu mewujudkan peluang perniagaan melalui blog ini. Disamping dapat menambah pendapatan sendiri kita juga dapat membantu ekonomi ahli keluarga kita yang lain dalam perniagaannya samada membeli atau memperkenalkan kepada kenalan diluar.

Kita ada penggiat Tadika,kita ada architect bina bangunan,kita ada draughtman engineering structure & 3D,kita ada pakar buat cheese cake, kita ada dealer Tupperware dan tudung moden, kita ada pengedar Alpha Lipid, pengusaha ladang kelapa sawit dan jualan benih anak sawit dan mungkin ada yang sedang membuat perniagaan sambilan lain yang kita tidak ketahui.

TAHUKAH ANDA? Blog ini mampu membantu mengembangkan potensi anda! Bagaimana? Perniagaan sambilan anda akan diiklankan diblog ini, selain daripada membuat marketingsecara langsung blog ini juga mampu membuat marketing selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu untuk anda dan ianya PERCUMA! Saya akan paparkan maklumat tersebut di sidebar sebelah kanan blog ini supaya ia dapat bekerja untuk anda.

Sila emailkan nama,no tel,intro produk/perkhidmatan,harga,gamabr (jika ada),cara pembelian/bayaran kepada saya di mdellias@gmail.com. Sekiranya saya memerlukan maklumat lanjut saya akan email anda. Jangan malu jangan segan, kerana perniagaan adalah pekerjaan Rasulullah.

Saya hanya ingin membantu cuba meningkatkan kepentingan blog ini selain paparan aktiviti2 keluarga. Bagi yang ingin mencuba menceburi apa saja bidang perniagaan anda juga boleh berbuat demikian.

thanks

Monday, October 12, 2009

11 Oktober 2009 BERAYA DI RUMAH YAS, PIDAH, LIZA DAN LIDYA.

Sori tak ikut turutan umah yg pergi dulu. Mula2 kami ke Nilai rumah Yas, makan nasi lauk best... moga dimurahkan lagi rezeki dan diberkati. Di atas dirumah Liza dan Salleh.
Ni diperkarangan rumah Pidah dan Shahril., pidah buat spaghetti dan roti jala juga jangan lupa cheese cakeeee....

Bersama tuan rumah dengan anak si Zila dah kepanasan.


Wah memang haru biru bila bab bab bergambar, sume suke... happeninglah bila lagi



Sori Yas gambar umah yang 1st pula terletak bawah. Macamanapun alhamdulillah semua kekenyangan dan kepanasan diluar dengan terik matahari petang. Moga dipanjangkan umur dan kita jumpa lagi di tahun 2010. Minggu ni di rumah kak Lina pula, seremban




Friday, October 9, 2009

Gempa Bumi Sumatera/Padang

Allahuakbar

Didalam kemeriahan kita berhariraya, mengunjung sanak saudara. Menikmati makanan dan nikmat kedamaian hidup di sini, mereka di sana dilanda ujian besar dari Allah SWT dalam gempa bumi yang maha dahsyat. Ada ibubapa yang hanya mampu mendengar tangisan anak-anak mereka yang tersepit dibawah runtuhan konkrit, sehinggalah terhenti suara tangisan tersebut. Ada yang lenyap seisi keluarga, ada juga yang tinggal sebatang kara dan ramai juga yang yatim piatu. Ada bayi yang terselamat dalam dakapan ibu yang tidak lagi bernyawa.

Tiada siapa yang mampu melawan kekuasaan Pencipta yang Maha Berkuasa. Tidaklah Dia menjadikan ini semua dengan sia-sia. Mata dan telinga kita sendiri yang melihat dan mendengar kisah ini. Maka janganlah kita yang hanya rasa gegaran kecil sahaja disini terus lalai dan tidak terdetik keinsafan dihati. Taufan Parma yang dijangka melanda negara kita pada rabu lepas juga tidak menjadi kenyataan, bersyukurlah kita hendaknya. Bencana Tsunami pada tahun 2004 berlaku sehari selepas Hari Natal/Krismas kali ini gempa bumi sumatera berlaku lebih kurang seminggu lebih selepas Hari Raya Puasa. Kita masih menyambut hari raya di sini mereka terpaksa menerima bencana di sana selepas Hari Raya. Adakah ada kaitan dengan perayaan semua ini? Atau adakah Allah telah menunda bencana ni bagi memberi peluang menikmati kelebihan Ramadhan dan kemeriahan Hari Raya? Wallahualam. Sama-sama kita renungkan.







Mengimbau kembali bencana gempa bumi dan Tsunami besar di Acheh 4 tahun lalu...










Mungkin kita menghela nafas panjang selepas melihat video - video di atas, namun tidak cukup sekadar itu. Lakukanlah sesuatu untuk umat Islam,saudara kita di sana. Hulurkanlah bantuan kepada mereka yang sangat memerlukan bantuan kita di sini, walaupun hanya seringgit melalui Maybank seperti yang tertera atau pun layari ke maybank2u.com

Tuesday, October 6, 2009

Peta ke rumah kami



Di atas ada peta ke rumah kami.


Tarikh : 11 Oktober 2009
Hari : Ahad
Masa : 2.00pm onwards

Direction :
1. Susur keluar ke Plaza Tol Nilai
2. Lepas bayar tol terus ambil lane kiri ke Nilai Impian (Sime Darby) dan naik ke atas (Nak terus pun bole tapi jauh sikit)
3. Sampai traffic light belok kanan dan terus saja sampai ke penghujung jalan ada simpang 3
4. Di simpang tu belok ke kiri (menuju Nilai 3)
5. Terus sampai nampak sign besar NILAI 3 wholesale center belok kiri
6. Terus sampai ke hujung jalan akan ada selekoh dan ada pasar borong belok ke kanan
(semasa anda terus akan nampak pusat membeli belah gudang nilai 3 disebelah kanan, tapi jangan berenti dulula balik nanti le)
7. lepas selekoh tu terus je (turun bukit) sampai nampak sign taman Desaria belok kiri n terus je sampai hujung
8. pastu belok ke kanan kemudian jumpa simpang pertama masuk kiri dan kemudian trus ke kanan dan jalan terus sampai hujung belok ke kiri
9. kalau tak jumpa cari jalan desaria 13 rumah no.2

ok kalau tak jumpa jgk call lah kay

Sebenonya ada shortcut nak pegi rumah Cik Pidah dari rumah kami, nantilah kita cerita..

Monday, October 5, 2009

SYAWAL KE 14 DAN KE 15.

Hari Sabtu 3hb okt RUMAH TERBUKA Idris dn Zah bersama mak kakzai dan liza juga tuan rumah.
Ahad 4 Okt dirumah Sahak bersama kak Yam, K yah, Intan. Wah exclusive sofa baru, memang classic macam ada jamuan dalam istana pulak. Ada class lah hak....

Mak teh kena dera memotong kek cikzila, muda lagi baru 33... blh lagi tu Zie... lawanlah abang awak 12 apa kata awak 15 baru meriah umah dibuatnya.


Dirumah Cik Uji, Cik Faiz kerja... hari ni memang mengah, sana sini makan...



Ni masa nak balik dari umah Pak Lang dan Mak Lang, hai Pak Itam bila pula ada anak kembar tak seiras tu? Baik2 pak itam, org umah dah slipped disc nanti awak pun kena juga ajer payah, blhlah tambah ahli keluarga lagi, ye lah jadi PAK BIBIK sementara bibik balik indon.

Friday, October 2, 2009

FATIN NADHIRAH - KE UNIVERSITY MANSOURA MESIR 30 SEPT 09



Bersama Ogy dan anaknya.

Keluarga Ogy

TK Yas, Liza dan Pidah yang turut sama ke KLIA.


Tk juga kepada Paklang dan Maklang serta Diyan.