Sunday, August 30, 2009

8 Ramadhan di kampung


Salam,
Kami sekeluarga tiba di kampung kira-kira jam 11.30 pagi hari Sabtu 29 Ogos 2009. Idris dan famili dah berada di kampung sejak Jumaat lagi. Bro Yas dan isteri tiban pada tengah malam Sabtu. Kemudian, Wan dan family tiba pada malam Ahad.

Pensyarah baru sedang mengajar camne nak cuci kipas...




Atuk sedang reverse nak ke surau dengan skuter ciliknya.






Bro Idris ni sedang berbuka dengan Nasi Beryani mat Shah yang disponsornya. Sapa tak balik rugi!!!!




Alhamdulillah, mudah-mudahan sempurna ibadah puasa hari ke 8. Tengah khusyuk tu pekena baryani...

PETRONAS engineer in action...tengah nak pasang kipas Raya yang dihadiahkannya. Sendiri hadiah, sendiri pasanglah!...




Seorang lagi engineer PETRONAS tengak make up bilik termenung..

Tenguk belakang tu ada hadiah juga...



Jangan lupa pam bila dah selesai termenung!



Kasi terang dinding tu supaya tenteram fikiran...

Sunday, August 23, 2009

Puasa Tetapi Tidak Shalat

Syaikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin -rahimahullah- pernah ditanya: “Apa hukum orang yang berpuasa namun meninggalkan shalat?”


Beliau rahimahullah menjawab:

“Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan shalat tidaklah diterima karena orang yang meninggalkan shalat adalah kafir dan murtad. Dalil bahwa meninggalkan shalat termasuk bentuk kekafiran adalah firman Allah Ta’ala,

فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَنُفَصِّلُ الْآَيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

“Jika mereka bertaubat, mendirikan sholat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui.” (Qs. At Taubah [9]: 11)

Alasan lain adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ

“Pembatas antara seorang muslim dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan shalat.” (HR. Muslim no. 82)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,

الْعَهْدُ الَّذِى بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ

“Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah mengenai shalat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir.” (HR. Ahmad, At Tirmidzi, An Nasa’i, Ibnu Majah. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani)

Pendapat yang mengatakan bahwa meninggalkan shalat merupakan suatu kekafiran adalah pendapat mayoritas sahabat Nabi bahkan dapat dikatakan pendapat tersebut adalah ijma’ (kesepakatan) para sahabat.

‘Abdullah bin Syaqiq –rahimahullah- (seorang tabi’in yang sudah masyhur) mengatakan, “Para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah pernah menganggap suatu amalan yang apabila seseorang meninggalkannya akan menyebabkan dia kafir selain perkara shalat.” [Perkataan ini diriwayatkan oleh At Tirmidzi dari 'Abdullah bin Syaqiq Al 'Aqliy; seorang tabi'in. Hakim mengatakan bahwa hadits ini bersambung dengan menyebut Abu Hurairah di dalamnya. Dan sanad (periwayat) hadits ini adalah shohih. Lihat Ats Tsamar Al Mustathob fi Fiqhis Sunnah wal Kitab, hal. 52, -pen]

Oleh karena itu, apabila seseorang berpuasa namun dia meninggalkan shalat, puasa yang dia lakukan tidaklah sah (tidak diterima). Amalan puasa yang dia lakukan tidaklah bermanfaat pada hari kiamat nanti.

Oleh sebab itu, kami katakan, “Shalatlah kemudian tunaikanlah puasa.” Adapun jika engkau puasa namun tidak shalat, amalan puasamu akan tertolak karena orang kafir (karena sebab meninggalkan shalat) tidak diterima ibadah dari dirinya.

[Sumber: Majmu' Fatawa wa Rosa-il Ibnu 'Utsaimin, 17/62, Asy Syamilah]

Tuesday, August 18, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan




Assalamualaikum Semua !! Bulan Ramadhan muncul kembali insyallah hujung minggu ini. Berikut adalah beberapa perkara mengenai puasa yang dipetik dari pejabat mufti Brunei DS.

1.Perkara-Perkara Sunat Ketika Puasa

Terdapat beberapa perkara yang sunat dilakukan oleh orang berpuasa, antaranya ialah:


a.Sunat bagi orang yang hendak mengerjakan puasa itu bersahur dengan sesuatu makanan walaupun dengan sebiji kurma ataupun seteguk air, kerana bersahur itu mengandungi keberkatan. Antara keberkatannya ialah, dapat membantu seseorang menyiapkan ketahanan dirinya dari segi fizikal untuk mengerjakan ibadat puasa di siang hari, ia juga dapat membantu mengisi keperluan rohaninya dengan merebut peluang untuk bertahajjud, berzikir, beristighfâr dan berdoa pada waktu sahur.

b.Sunat melambatkan sahur sehingga hampir waktu fajar iaitu kira-kira pada kadar membaca lima puluh atau enam puluh ayat sebelum terbit fajar. Antara tujuannya ialah untuk memendekkan masa menahan diri daripada kelaparan dan daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

c.Sunat bagi orang yang berpuasa menyegerakan berbuka puasa terlebih dahulu sebelum dia mengerjakan sembahyang Maghrib iaitu sunat berbuka puasa dengan tiga biji kurma basah (ruthab). Jika tidak ada, memadai dengan kurma kering (tamar) dan jika tidak ada, memadai dengan beberapa teguk air. Sesudah selesai menunaikan sembahyang Maghrib baharulah menikmati juadah yang lain.

d.Sunat bagi orang yang berpuasa itu sentiasa membasahkan bibirnya dengan berzikir dan berdoa sepanjang hari dia menjalani ibadat puasa, lebih-lebih lagi yang dituntut ketika waktu berbuka puasa kerana doa orang berpuasa ketika dia berbuka sangat mustajab dan tidak tertolak.

e.Memperbanyakkan membaca al-Qur’an. Al-Imam an-Nawawi menegaskan di dalam kitabnya al-Azkâr bahawa hari-hari yang terbaik membaca al-Qur’an ialah pada hari Jumaat, Isnin, Khamis, hari ‘Arafah (9 Zulhijjah), sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah dan sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, kemudian bulan terbaik adalah bulan Ramadhan.

Oleh itu, di bulan Ramadhan inilah kesempatan yang paling berharga yang sepatutnya digunakan dengan sebaik-baik mungkin untuk memperbanyakkan membaca Al-Qur’an, sama ada secara bertadarus ataupun secara berseorangan.

f.Memperbanyakkan sedekah di bulan Ramadhan. Kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang paling pemurah dan dermawan, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadhan. Antara lain fungsi sedekah di bulan Ramadhan itu ialah untuk menutupi atau menampal apa-apa jua kecacatan atau kekurangan pada puasa seseorang.


2.Perkara-Perkara Membatalkan Puasa

a.Perempuan yang datang haidh atau nifas ketika dia sedang berpuasa, maka batal puasa tersebut dan wajib diqadha.

b.Makan dan minum dengan senghaja di siang hari bulan Ramadhan. Perbuatan sedemikian haram hukumnya dan wajib diqadha puasa tersebut.

c.Muntah dengan senghaja. Iaitu melakukan sesuatu yang menyebabkan dia muntah seperti menjolok-jolokkan lidahnya ke langit-langit kemudian dia muntah dengan sebab perbuatannya itu.

d.Mengeluarkan air mani dengan sengaja sama ada dengan menggunakan tangan, menyentuh, menggesel, dengan sebab berpeluk-peluk, bercium-cium atau seumpamanya.

e.Orang yang sedang berpuasa menjadi gila dengan tiba-tiba, sekalipun gilanya itu hanya dalam tempoh seketika. Orang gila tersebut tidak diwajibkan qadha puasanya.

f.Orang yang sedang berpuasa yang hilang akal seperti pitam, pengsan atau mabuk sepanjang hari iaitu daripada terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Puasa orang tersebut batal dan wajib diqadha. Jika dia sedar dalam tempoh tersebut walau hanya sesaat, maka sah puasanya.

g.Orang yang sedang berpuasa apabila murtad (keluar dari agama Islam), walaupun sekejap, maka batal puasanya dan wajib qadha apabila dia kembali semula kepada Islam.

h.Orang yang sedang berpuasa apabila bersetubuh pada siang hari dengan sengaja dengan memasukkan hasyafah atau kadarnya pada qubul atau dubur manusia atau binatang, maka batal puasa orang yang melakukan persetubuhan itu dan wajib dia mengqadha puasanya serta menunaikan kaffârah. Begitu juga kepada orang yang disetubuhi adalah batal juga puasanya, tetapi wajib dia mengqadhanya sahaja tanpa kaffârah.

Kaffârah kerana persetubuhan tersebut ialah memerdekakan seorang hamba. Jika tidak memperolehinya, maka hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut dan jika tidak berdaya hendaklah memberi makan enam puluh orang miskin.

i. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga dengan sengaja melalui lubang yang terbuka dari bahagian tubuh manusia.

Maksud dengan benda di sini ialah apa-apa jua benda walaupun sedikit, sama ada yang boleh dimakan seperti sebiji lenga atau yang tidak boleh dimakan seperti sebutir pasir. Tidak termasuk maksud benda itu ialah rasa, warna atau bau.

Yang dimaksudkan dengan ‘lubang yang terbuka’ itu ialah tempat masuk atau keluar sesuatu, sama ada lubang itu semula jadi adanya seperti mulut, hidung dan sebagainya atau yang baru wujud seperti perut atau kepala yang ditebuk.

Adapun maksud ‘sengaja’ itu pula ialah dilakukan oleh dirinya sendiri atau dilakukan oleh orang lain dengan keizinannya.

Manakala maksud ‘rongga’ pula ialah apa-apa sahaja yang dinamakan rongga sama ada rongga itu mempunyai kuasa memproses makanan atau ubat ataupun tidak seperti rongga otak, kerongkong atau rongga mulut, rongga hidung, rongga telinga, perut, dubur, faraj, pundi-pundi kencing, lubang tempat keluar air kencing lelaki dan lubang tempat keluar air susu (al-ihlil).


Penutup

Berpuasa bukan hanya memelihara dan menjaga perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, akan tetapi lebih jauh daripada itu ialah menjaga perkara-perkara yang boleh mendatangkan haram kepada mana-mana anggota tubuh badan. Oleh kerana itu kita telah diperingatkan bahawa berapa banyak orang puasa yang tidak dapat apa-apa pahala melain lapar dan dahaga.

Bulan Ramadhan adalah musim mengaut untung dan laba besar, kerana ganjaran pahala ibadat – sembahyang umpamanya – dilipat gandakan sehingga menjadi 70 kali lipat, bahkan pahala puasa itu sendiri hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Ketika berpuasa elakkan perkara-perkara yang boleh melalaikan atau menyebabkan susut nilai amalan di bulan Ramadhan, lebih-lebih lagi 10 terakhir di bulan yang mulia itu, yang di dalamnya ada satu hari yang lebih baik daripada 1000 bulan. Kalau hendak berbelanja kerana hari raya – bukan membazir atau memboros – berbelanjalah dari sekarang. Supaya masa-masa di bulan Ramadhan hanya akan dipenuhi dengan amal ibadat.

Friday, August 7, 2009

H1N1 Alert!!!

Assalamualaikum warga HMSS Family,

Pagi ini negara mencatat kematian ke 14 akibat virus Influenza H1N1 atau Selsema Babi. Penularan terbanyak berlaku di sekolah dan Institut Pengajian Tinggi. Di universiti saya, keadaan diletakkan dalam situasi berjaga2 kerana IPT berhampiran telah mencatat 4 kes kematian dan 80 lagi disahkan dijangkiti virus tersebut. Oleh yang demikian suka ingatkan bahawa anda dan keluarga hendaklah sentiasa menjaga kebersihan dan mengelakkan daripada berada di kawasan awam jika tiada kepentingan. Berikut adalah langkah2 yng boleh diambil :
*Sentiasa memantau kesihatan diri dan keluarga anda,segera ke klinik berhampiran jika terdapat simtom virus tersebut

*Sentiasa membasuh tangan anda
*Elakkan berada di tempat awam
*Gunakan penutup muka (face mask) bila perlu

Sama - samalah kita berdoa agar tiada seorang pun dari kalangan keluarga kita menjadi mangsa virus yang boleh membawa maut ini. Semua yang berlaku adalah kehendak Allah SWT, justeru kepada Dialah kita memohon perlindungan.