Sunday, March 20, 2011

Sepuluh Tanda-Tanda Besar Kiamat





Assalamualaikum wbkt.

Baru-baru ini dunia digemparkan dengan banyak perkara yang tidak dijangka terutamanya kebangkitan rakyat di negara-negara arab dan yang terbaru gempa bumi berskala ricther 9.0 di timur Jepun. Kedua-dua peristiwa ini masih belum pulih sepenuhnya, bermula di Mesir kini Libya,Yaman,Bahrain, Syiria dan lain-lain termasuk Iran. Adakah ini apa yang dikatakan kebangkitan Islam pada akhir zaman sebelum ia tumbang semula dan berlakunya kiamat? Gempa bumi di Jepun yang membawa Tsunami pada 11 Mac lalu merupakan krisis terburuk negara termaju di Timur itu dimana ia disusuli dengan kebimbangan reaktor-reaktor nuklear yang mengalami kerosakan. Kesan radioaktif yang teruk boleh membunuh beribu2 lagi manusia bukan sahaja dinegaranya malahan negara-negara lain. Mungkin radioaktif yang dikeluarkan dari reaktor nuklear boleh juga disebut asap yang kini telah disahkan tiba di barat Amerika Syarikat dibawa angin dan pakar Jepun memberi amaran bahawa California (Amerika Barat) juga berisiko dengan gempa bumi. Siapakah yang boleh menghentikan ini semua? Air yang kita gunakan untuk mandi atau cuci pinggan mangkuk boleh meranapkan bangunan, lori trailer dan apa sahaja yang menghalangnya. Bolehkah kita memegang fizikal air dan radiasi nuklear ? Allah Maha Besar, kedua2 ini adalah makhluk Allah yang seni zahirnya, tetapi mampu memporak perandakan kehidupan manusia. Mengikuti perkembangan ini saya teringat dengan tanda-tanda kiamat yang pernah dibaca sebelum ini dan terasa seperti ada kaitannya. Maha suci Allah, hanya Dialah yang Maha Mengetahui..hanyatilah petikan dari artikel berikut. Semoga kita sentiasa di dalam rahmat Allah SWT. amin.

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslimi)
Keterangan
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1.Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2.Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3.Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4.Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5.Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6.Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7.Gempa bumi di Timur.

8.Gempa bumi di Barat.

9.Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10.Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: "Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya".

Tentang Dajjal


Siapakah Dajjal?

Dajjal ialah seorang pemuda, berambut kerinting dan sebelah matanya tersembul. (buta sebelah). Dajjal itu dari bangsa Yahudi dan pengikutnya juga terdiri dari 70,000 bangsa Yahudi.

Di mana keluarnya Dajjal?

Dia akan muncul (dikenali) di antara Sham dan Iraq dan melakukan kemusnahan di serata tempat yang ia sampai.

Dakwaan Dajjal sebagai tuhan

Dajjal akan mendakwa dialah tuhan dengan menunjukkan bukti-bukti seperti dihidupkan orang mati setelah dipotong dua badannya. Dajjal akan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai tuhan menjadi mewah dan makmur. Dan kampung orang yang enggan menerima dakwaanya menjadi susah meleset. Namun orang yang kuat imannya akan berkata “kamulah Dajjal”.

Makanan Mukmin di zaman Dajjal

Pada masa itu orang mukmin yang enggan mengakui dakwaan Dajjal sebagai tuhan disekat bekalan makanan (tanah mereka terbiar, kering kongtang dan tiada tumbuhan untuk dimakan). Namun mereka tetap kenyang dengan bertasbih iaitu berzikir dengan mengucapkan “Subhanallah“. Seperti dalam hadith Nabi s.a.w:

Makanan orang Mukmin pada zaman Dajjal adalah makanan para malaikat, yakni memuliakan dan mensucikan Allah. Barangsiapa di zaman itu memuliakan dan mensucikan Allah, maka baginya, Allah akan menghilangkan kelaparan.

Berapa lama Dajjal bermaharajalela?

Dalam hadis diceritakan:

Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, berapa lama ia bermaharajalela di bumi?

Baginda s.a.w. menjawab “Empat puluh hari – Hari yang pertama: panjangnya seperti setahun. Hari yang kedua: panjangnya seperti sebulan. Hari yang ke tiga : panjangnya seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: seperti hari-hari kamu yang biasa”

Kami bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, bagi satu hari yang seperti satu tahun, adakah sembahyang sehari semalam memadai?”

Baginda s.a.w. bersabda, : “Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu mengikut kadar masa yang biasa kamu lakukan.”

Gelaran Al Masih

Semasa Dajjal bermaharajalela, Allah akan menghantar Nabi Isa Al-Masih turun di menara putih di timur Damsyik (Syria). Dajjal juga dikenali dengan Al Masih, yang bermaksud banyak berjalan, Dajjal banyak berjalan untuk menyesatkan manusia. Dajjal dan pengikutnya tidak boleh memasuki Mekah dan Madinah kerana kedua bandar suci ini dikawal oleh malaikat setiap kali mereka menuju ke sana, dipusingkan badan mereka ke arah lain.

Pada masa itu juga berlaku “zalzalah” (gempa bumi) sehingga ada penduduk Madinah yang tidak tahan lalu keluar dari situ. Akhirnya mereka menjadi mangsa Dajjal.

Seperti ditulis sebelum ini, Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa yang akan turun selepas Imam Mahdi:-

Tuesday, February 15, 2011

Monday, January 3, 2011

Statistik Akses HMSS Family Blog dari May 2010

Assalamualaikum wbkt.

Selamat Tahun baru 2011 kepada semua...seperti biasa dilampirkan statisk penggunaan HMSS Family Blog dari May 2010 hingga hari ini dan pageview dari serata dunia..siapa agaknya dari USA tu ye..anyway thanks kerana sudi mengunjungi blog ini..