Tuesday, June 22, 2010

Amal Wedding's Joint Instruction

Berikut adalah hasil perbincangan saya dengan bakal pengantin lelaki Saudara Amal pada malam ni untuk panduan ahli HMSS untuk menghadiri majlis.
Mohon dapat kerjasama dan sokongan Tuan-Puan untuk hadir bagi memeriahkan majlis initersebut.


Amal, sila maklumkan jika ada percanggahan atau perubahan.

Jumaat, 2 Julai, 2010 - Majlis Akad Nikah (lepas Solat Asar)
3.45 ptg - Bertolak dari rumah Tuan Hisham ke Surau AlFalah, Taman Cempaka.

  1. WAJIB pakai Baju Melayu & songkok bagi lelaki. Untuk perempuan pulak, paham-paham le....Yang datang terus dari pejabat, sila pakai kemeja dan songkok sebaiknya.
  2. Majlis akad nikah akan diadakan selepas solat Asar di Surau AlFalah, oleh itu rombongan pengantin lelaki perlu tiba di surau lebih awal sebelum waktu Asar.
  3. Barang hantaran (dengar ada 7 dulang...) akan dibawa sekali. Tengok jumlah peserta tu, no problem boleh angkut semua..
  4. Peserta rombongan yang telah confirm join (senarai di bawah) seeloknya berkumpul di rumah Tuan Hisham selepas solat Jumaat. Kalau awal lagi apa salahnya, tapi tu kena tanya Tuan Rumah...mana tau ada baryani gam ka...
  5. Jamuan makan selepas nikah akan diadakan di surau tersebut juga, jadi tak payah le ke rumah pengantin perempuan. Ehem... Amal kena ikut rombongan balik lepas jamuan tu, sori!
Senarai peserta rombongan pengantin lelaki:
1. Pak Lang (Ketua rombongan & jurucakap)
2. Pak Ngah
3. Mak Ngah
4. Nurul
5. Idrus
6. Majidah
7. Hisham
8. Wati
9. Angah (dari pejabat)
10. Idris (dari pejabat)
11. Ilias
12. Liza (isteri Ilias)
13. Pengantin Lelaki Amal
14.????


Jumaat 2, Julai 2010 - Majlis Berinai (lepas Solat Isyak)

  1. Sesiapa ingin join, maklumkan kepada saya atau Amal. Peserta yang jauh macam Pak Lang dan Yas, kalau nak join trip tak payah le balik Kelang/Nilai lepas akad nikah, maklum aje traffic jam. Dijemput lepak di rumah saya atau Tuan Hisham.
  2. Sesiapa nak join terus dari rumah, sila berada di Surau AlFalah sebelum masuk waktu Isyak. Rujuk peta pada kad jemputan atau guna Google Map
  3. Dinasihatkan parking kereta anda di kawasan surau, memandangkan jalan didepan rumah pengantin perempuan yang agak sempit.
  4. Rombongan akan berjalan kaki ke rumah pengantin perempuan, exercise sikit...dekat aje kata Amal...
Sabtu 3 Julai, 2010 - Majlis Kenduri Pengantin Perempuan

  1. Diminta seboleh-bolehnya semua ahli keluarga HMSS hadir ke majlis ini untuk meraikan majlis perkahwinan Amal dan bakal isteri.
  2. Sila berada di Surau AlFalah yang sama sekitar jam 12.45 tengahari. Parking kereta di surau dan kita jalan kaki aje ke rumah pengantin perempuan.
  3. lepas Solat Zohor, kita hayun kaki iring pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. cari nasi minyak dah...
  4. Kepada Tuan-Tuan, Pak Cik-Pak Cik dan Abang-Abang, pakailah yang kemas-kemas, jaga imej HMSS. Pakailah kemeja ke atau batik ke. Nak pakai baju melayu lagi cun! Janganlah pakai tshirt lusuh dan ada chap-chap pulak lagi, maaf cakap....
Semuga Allah memberkati and memudahkan segala urusan majlis perkahwinan Saudara Amal. Amin.

Monday, June 21, 2010

Selamat Hari Lahir Mohd Izuwan dan anaknya Nuha pada 17 June dan 1 June yang lalu !



HMSS mengucapkan selamat hari lahir kepada abang kita Mohd Izuwan yang kini berada di Qatar dan anaknya Nuha yang menyambut hari lahir yang ke 2 pada 1 Jun. Semoga dimurahkan rezeki sekeluarga, dipanjangkan dan diberkati umur serta ditunaikan hajat beliau untuk mengerjakan Umrah jika berkesempatan. Salam kasih sayang dari kami di Malaysia !!

Saturday, June 19, 2010

Call for Tabung Kebajikan HMSS



Salam to all,

Atas permintaan dan beberapa cadangan daripada ahli HMSS dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa Tabung Kebajikan HMSS yang tidak aktif akan diaktifkan semula. Dana yang lalu telah disalurkan ke program hari keluarga di Richman Street Resort yang telah berlangsung dengan jayanya. Oleh itu marilah kita mengumpul semula dana ini secara berterusan.

Tujuan Pengumpulan Dana
-----------------------
Dana yang terkumpul boleh disalurkan untuk pelbagai aktiviti keluarga mengikut kadar tertentu. Dengan adanya dana ini dapatlah mengurangkan kos program Hari Keluarga.Disamping kutipan dana yang sedia ada, kos tambahan juga diperlukan untuk program hari keluarga yang sedang dirancang. Kutipan dana bergantung kepada kos penginapan,kos penyeliaan makanan dan minuman dan kos-kos yang berkaitan.
Mungkin juga sedikit daripada jumlah tabung HMSS ini boleh kita sumbangkan ke Gaza walaupun sedikit..:)

Mekanisme Sumbangan
-------------------
Setelah mengambil kira beberapa faktor maka dicadangkan bahawa jumlah MINIMUM sumbangan Tabung ialah sebanyak RM20 je sebulan dan setiap ahli HMSS yang telah berumahtangga hendaklah membuat sumbangan bagi keluarganya sendiri. Sekiranya ada keluarga yang ingin menyumbang lebih daripada jumlah yang ditetapkan, ianya amatlah dialu-alukan namun RM20 juga telah memadai.

Setiap sumbangan yang telah dikreditkan ke akaun bank hendaklah dismskan kepada Bendahari untuk rekod beliau.

Sumbangan hendaklah dikreditkan pada atau sebelum 2haribulan bermula Julai 2010 ini.

Nama bendahari dan no akaun akan diumumkan kemudian.

Contoh kumpulan dana :
-----------------------

Jumlah Keluarga = 15 (termasuk Amal)

RM 20 X 15 = RM300 sebulan

Rm300 x 12 bulan (setahun) = RM3600

RM3600 x 100 tahun = RM360,000 banyak tuh..:)


Jika ada sebarang pandangan atau bantahan etc dapatlah kiranya dibincangkan secara harmonis.

MAKLUMAN TERKINI:

KITA TELAH MELANTIK SEMULA PN RUZILAH M. SHUHUD SEBAGAI BENDAHARI TABUNG KEBAJIKAN HMSS. SUMBANGAN DANA MELALUI AKAUN BANK HENDAKLAH DI KREDITKAN KE AKAUN BELIAU SEPERTI DI BAWAH :

MAYBANK 162731033939

AHLI DIGALAKAN MENGGUNAKAN PERBANKAN INTERNET MAYBANK2U ATAU CASH DEPOSIT MACHINE UNTUK URUSAN LEBIH MUDAH DAN PANTAS. SILA SMS NO TRANSAKSI DAN JUMLAH SELEPAS MEMBUAT BAYARAN. PEMBAYARAN SECARA TERUS KEPADA BENDAHARI JUGA DITERIMA.

SEKIAN HARAP MAKLUM.

Tuesday, June 15, 2010

Doa Untuk Anak-Anak

Assalamualaikum,
Suka saya berkongsi dua doa untuk dibaca oleh ibu dan bapa setiap masa terutama apabila memandang wajah anak-anak atau teringatkan anak-anak. Dan juga ketika nak berpisah kerana anak-anak ke sekolah atau sebagainya, baca doa-doa ini sehingga anak-anak hilang daripada pandangan mata. Itulah pesan seorang Ustaz yang mengajarkannya surau tempat tinggal saya.

Sila print dan tampal di rumah dan edarkan kepada rakan-rakan ibu bapa.

Semuga Allah memberikan perlindungan untuk anak-anak kita daripada pengaruh sosial yang semakin buruk di luar sana. Amin




















Atuk & Nenek@USIM






Saturday, June 12, 2010

SELAMAT HARI LAHIR BUAT BONDA HAPSAH







SELAMAT HARI LAHIR BUAT BONDA HAFSAH
YANG KE 67 (13 JUN 1943)

MOGA SENTIASA MENDAPAT NIKMAT SIHAT OLEH ALLAH, USIA YANG DIBERKATI DISAMPING BAHAGIA DISAMPING ABAH, ANAK-ANAK, MENANTU-MENANTU, CUCU CUCU DAN JUGA DENGAN CICIT CICIT YANG SEMAKIN BERTAMBAH.


IKHLAS DR : MAK TEH DAN KELUARGA
12 JUN 2010

Monday, June 7, 2010

Kisah Benar: Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAW


Sesuatu yang berharga utk dikongsi bersama...

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi
sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah
s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga
dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w.
melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud
'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,
Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan
mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara
kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23
tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan
masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri
kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang
mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau
hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk
menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat
Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau
pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
(baca lanjut: sila copy n paste link dibawah)

Read more: http://www.ar-rifke.com/2010/04/kisah-benar-pelajar-uia-bermimpi.html#ixzz0pjCXtbEt