Thursday, April 23, 2009
Apakah itu Lymphoma?
Kepada saudara2 yang dikasihi sekalian, berikutan kembalinya adik kami ke Rahmatullah pada 6 April 2009, doktor mengesahkan Allahyarham menghidap Malignant Lymphoma, iaitu sejenis barah yang kebanyakkan menyerang kanak-kanak dan remaja. Walaupun kematiannya sejurus selepas prosedur biopsy (pembedahan kecil untuk mengambil sampel sel tumor) saya ingin saudara semua mengambil perhatian ke atas penyakit ini sekadar untuk berjaga-jaga. Kerana simtomnya hanya lebih ketara apabila ianya telah merebak dengan banyak pada sistem badan kita, seperti yang telah berlaku pada adik kami. Justeru, ambillah iktibar..silalah ke lawan web seperti dibawah untuk keterangan lanjut...wassalam.
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_content.jsp?lang=kanak&storymaster=1154953481751&storyid=1192002973617&substoryid=1192074375081
ikhlas,
Ilias
Wednesday, April 22, 2009
Sabtu 2hb Mei 2009 : Majlis Perjumpaan Keluarga HMSS, Kenduri Tahlil & Doa Selamat
Jumaat 1/5/2009
2.00 - 3.00 ptg Ketibaan para ahli.
3.00 - 5.00 ptg: Rehat, Solat Asar & Ziarah Kubur
5.00 - 6.00 ptg: Bersih sekitar rumah dan sepak raga atau apa-apa aje ! (lelaki saja, bawak kasut sukan)
7.30 - 8.00 mlm: Solat Maghrib Berjemaah dan tazkirah di rumah
8.30 - 9.30 mlm : Makan mlm (mak & anak/menantu perempuan masak kot...)
9.30 mlm sampai ngantuk: teh tarek and blogging session
Sabtu 2/5/2009
6.00 - 6.30 pg: Solat Subuh
6.30 - 7.30 pg: Ziarah Kubur (untuk sesiapa yg tidak sempat pada hari Jumaat ptg)
8.00 - 9.00 pg: Sarapan Pagi
9.30 - 11.30 pg: Sesi Fotografi Keluarga, Sukaneka kanak-kanak & Dewasa
11.30 - 1.00 ptg: Makan tengahari
1.00 - 2.00 ptg: Solat Zohor
2.00 - 5.00 ptg Tahlil dan Jamuan (lepas tu kita kemas khemah dah!!)
5.00 - 7.00 ptg Lepas Solat Asar, bolehle lepak-lepak atau bersukan lagi
7.30 - 8.00 mlm: Solat Maghrib Berjemaah dan tazkirah di rumah
8.30 - 9.00 mlm : Makan mlm (makan nasi kenduri tu lagi dah!!
9.00 - 10.00 mlm : MESYUARAT AGUNG HMSS - semua Ahli atau wakil WAJIB hadir.
10.00 mlm sampai tertidur... kita borak-borak sambil pekena teh tarek, slide show and blogging session lagi
Ahad 3/5/2009
6.00 - 6.30 pg: Solat Subuh
6.30 - 7.30 pg: Ziarah Kubur (untuk sesiapa yg tidak sempat pada hari Jumaat & Sabtu)
8.00 - 9.00 pg: Sarapan Pagi
9.30 - 11.30 pg: KEBERANGKATAN PULANG AHLI KE DESTINASI MASING-MASING . Sapa nak balik lewat atau tak nak balik pun boleh dahhh!
NOTA:
- Jangan lupa wang sumbangan diserahkan kpd Sdr Ilias untuk bayar caterer. Setiap anak dan cucu Hj M Shuhud yang telah bekerja diwajibkan menyumbang.
- Ehem...Bawak duit lebih-lebih sikit, Dana HMSS akan mengejar anda!
- Para ahli dinasihatkan ambil lunch sebelum tiba kampung.
- Sesiapa yang plan akan tiba sebelum Solat Jumaat 1/5/2009 dan lunch di kampung sila inform Abah/Mak. Takut nasi lauk dah habis !!
- Jangan lupa bawak tikar, bantal, selimut yang cukup dan keperluan makan minum keluarga masing-masing! Bilik tidur first come first serve.- Sesiapa yang tidur berselerak, pastikan lelaki dewasa tidak tidur di ruang yang sama dengan para ibu dan anak gadis. Suami-suami tu sila ambil perhatian, tidurlah atas pokok pun boleh !
- Sesama kita jaga aurat masing-masing baik lelaki atau wanita dan hindarkan bersalaman sesama bukan mahram
- Berhati-hati memandu di jalan raya, kalau ngantuk berhenti isi minyak PETRONAS kat R&R..ehem...iklan sikit. Tok sah terkejo-kejor yop! Tapi tak le sampai 10 kali berenti!
- Berdoa agar ALLAH pelihara keselamatan kita semua dan berkati rancangan kita di kampung.
Amin.
Senarai AJK
Catering - Long
Finance - Yas
Sukaneka - Idris & Hisham
Blogging - Yas
Dana HMSS- Ruzi
Tazkirah - Faiz & Salih
Tahlil & Jemputan - Bang Din
Mesyuarat HMSS- idrus
JUMPA DI SANA !
Dah habis baca posting ni silalah hantar Comment, beri cadangan ke atau apa-apa je...jangan nyepi. Letih menulih ni...
Monday, April 13, 2009
HMS FAMILY BERKELAH @ HUTAN LIPUR LENTANG.
Aktiviti ke 2 selepas bowling, alhamdulillah dengan adanya blog ni adalah juga acara riadah kita bersama. Selepas ni dengar2 nak buat berbeque .....dimana ye?
Biasalah kan, happening sebab semua sporting... antara keluarga yang hadir Pak Lang, Cik Uji, Cik Sahak, Pak Teh, Pak Nyah dan Cik Pidah.
Antara video yang diambil semasa perkelahan.. (Tekan PLAY!)
Saturday, April 11, 2009
Jom Berkelah!! 12 April 2009

Senarai peserta yang dah confirm pegi!
- Pak Lang & Family - 5 (sponsor nasi lemak)
- ak Teh & Family - 4 (sponsor nasi impit & meehon goreng)
- Idris & Family-5 (syhhh! rahsia...)
- Ruzi & family -3 (sponsor kuih-muih)
- Ishak & Family - 5 (sponsor minuman & buah)
- Pidah -4 (sponsor sandwich)
- Hisham & family (isteri tak ikut krn tak sihat)
- Ejun & family -
Liza tak ikut kerana suami kerja.
Jangan lupa bawa benda-benda ni:
-tikar, payung, telekong, sejadah, extra baju untuk mandi, selipar, minyak wak dakam, peti ubat.
-surat khabar, harakah, radio, tv dll
-kipas
Sila berada di sana sekitar jam 9 - 10 pagi. Jika lewat takut tak dapat parking dan spot yang cun!
Keselamatan anak-anak adalah tanggungjawab ibu-bapa masing-masing. Sila utamakan keselamatan. Muga Allah rahmati perjumpaan dan keselamatan kita.
Semuga bertemu esuk!!
Thursday, April 9, 2009
Terima Kasih
Assalamualaikum wbkt..
Saya dan pihak keluarga isteri saya Liza ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga yang hadir pada hari pengebumian arwah adik kami Muhammad Amir pada 6 April 2009 (Abg Idrus dan Kak Idah, Abg Din,Abg Idris, Abg Sahak dan Abg Hisham)tidak lupa juga mereka yang mendoakan dari jauh sebelum dan setelah pemergian Allahyarham ke rahmatullah. Memang agak sukar menerima kehilangan orang yang kita kasihi lebih-lebih lagi penghilang rasa sunyi kami berdua yang pergi, walaubagaimanapun kami yakin Allah lebih menyayanginya. Agak sering dugaan besar ke atas kami,kehilangan demi kehilangan namun pasti ada hikmahnya disebaliknya kepada kami. Tidak ada yang mampu menewaskan kekuasaan Allah yang memilik roh dan jasad kita. Hilang sekelip mata dipandagan. Maha Suci Allah. Jika ada kelapangan silalah ke rumah ibubapa mertua saya yang sekarang sangat memerlukan sokongan.
Kami berdua meminta maaf kerana sekali lagi tidak dapat menyertai aktiviti keluarga pada hujung minggu ini, diharap anda semua memahami. Kami mengucapkan selamat beriadah dan berhati-hatilah semasa berada disana. Sudilah menghadiahkan pahala bacaan Al Fatihah untuk Allahyarham Muhammad Amir bin Sahar seorang anak dan adik yang sangat baik. Al Fatihah..
BERKELAH DI HUTAN LIPUR LINTANG AHAD 12 APRIL
JAM : 9.00 - 10.00 PAGI
MAKANAN : SEMUA DIJEMPUT MEMBAWA MAKANAN UTK DIKONGSI BERSAMA.
INSYAALLAH MAK LANG : NASI LEMAK
MAK TEH : NASI IMPIT DAN BIHUN
BAGI SAUDARA2 YANG LAIN BAWA LAH APA SAHAJA UTK KITA KONGSI BERSAMA.
SESIAPA YANG ADA KESEMPATAN DTG AWAL TLG LAH CARI TMPT YG STRATEGIK SIKIT.
BAGI YG TDK MENYATAKAN KEHADIRAN SILA LAH BERBUAT DEMIKIAN, TAK DAPAT DLM BLOG SMSPUN JADI LAH.....
Monday, April 6, 2009
TAKZIAH
Jenazah dibawa ke salah sebuat masjid berdekatan rumah Liza. Mandi dan dikapankan dimasjid. Turut kelihatan ahli keluarga kepada Yas, Abang Odin , Idris , Idrus dan Idah.
Jenazah dibawa ketanah perkuburan selepas solat asar lebih kurang jam 5 petang.
Moga ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA.
KITA SEMUA AKAN KEMBALI PADA PENCIPTA PADA BILA BILA MASA.... SEMUA DARI KITA HANYA DIPINJAMKAN KEDUNIA INI HANYA SEMENTARA SAHAJA, YANG MANA DUNIA YANG KEKAL BAKAL MENANTI KITA AKHIRNYA... AMEEN
WATI DI HOSPITAL TAWAKAL
Hari ini wati berada diHospital Tawakal untuk menjalani ujian MRI esok pagi. Beliau mengalami slipped disc. InsyaALLAH dengan rawatan harap beliau akan semboh.
Saturday, April 4, 2009
SEPETANG DI MERU
Sebelum berangkat kerumah sebelah, sempatlah bergambar. Bergambar ni memang menjadi kegemaranlah ... pantang ada perjumpaan bergambor lah...
Kenduri 2 Mei 2009 - Senarai Penyumbang Wajib
Assalamualaikum,Kutipan Sumbangan Kenduri 2 Mei 2009
.jpg)
Assalamualaikum..
Seperti yang telah dimaklumkan oleh Pak Teh. Setiap ahli diminta untuk menyumbangkan sebanyak RM100 melalui akaun Maybank bank saya. Diharap semua dapat memasukkan sumbangan sebelum atau pada 24 April 2009 kerana saya ingin menyerahkan kepada Abg Long. Berikut adalah nama-nama yang telah memasukkan sumbangannya. trima kasih.Sila SMS sekiranya nama anda sepatutnya tersenarai.
1. Islahuddin
2. Ilias
Terima kasih.
Berkelah Dihujung Minggu

Salam Semua,
Cik uji mencadangkan aktiviti April ini ialah berkelah atau picnic beramai2 seperti maklumat berikut :
Tarikh : 12 April 2009
Hari : Ahad
Tempat : Cadangan 1 : Ulu Yam (http://www.geocities.com/Yosemite/Gorge/7313/53sgtua.htm)
Cadangan 2 : FRIM, Kepong (http://www.malaysiavacationguide.com/frim.html)
Sekiranya ada sebarang cadangan, sila comments post ini dan sila afundi di ruangan sebelah mengenai perkelahan ini.
