Saturday, January 31, 2009
Kerumah Yas dan Rumah Isyarul.
Pada 24 jan 2009, Hisham call bgtau anak Abg Long msk hospital. Kami baru tau pg tu. tak berkesempatan nak ziarah pg tu, kami disekolah Faris ada Hari anugerah cemerlang. Kami ke PD pd hari yg sama hingga isnin. PD jem giler,ramai org kl turun just nak relax kot.
Hari Isnin kami terus ke Pulau Indah, yg man Is baru keluar hospital. kami ziarah dirumah.Moga Is dan keluarga sihat walafiat.
Thursday, January 29, 2009
Chikungunya oh Chikungunya
Fakta berkaitan Deman Chikungunya.
Chikungunya adalah penyakit demam yang tinggi dan sakit sendi yang teramat sangat. Ia disebabkan oleh virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes betina iaitu nyamuk yang juga pembawa virus denggi.
Penyakit Chikungunya ini pertama kali ditemui semasa wabak demam di Selatan Tanzania pada tahun 1952. Ia kemudiannya merebak ke Asia, India, Eropah dan Amerika.
Nama 'Chikungunya' berasal dari bahasa Kimakonde, yang bermaksud 'keadaan membongkok' yang disebabkan oleh sakit sendi yang teramat sangat bagi pengidap demam Chikungunya.
Nyamuk pembawa virus Chikungunya.
Nyamuk yang terlibat selalunya adalah Aedes aegypti and Aedes albopictus, 2 spesis nyamuk yang juga boleh menyebabkan demam denggi.Nyamuk ini biasanya menggigit pada siang hari, tetapi paling aktif pada awal pagi dan lewat petang.
Orang yang digigit oleh nyamuk pembawa virus Chikungunya boleh mendapat demam selalunya bermula antara 4 dan 8 hari selepas gigitan tetapi boleh juga berlaku dalam tempoh 2 hingga 12 hari.
Gejala dan tanda-tanda Demam Chikungunya
Gejala dan tanda-tanda Demam Chikungunya lebih menyerupai Demam Denggi. Seseorang yang mengidap Demam Chikungunya biasanya mengalami :·
Demam yang tinggi secara tiba-tiba·
Sakit sendi yang teramat sangat (sangat sakit sehingga terpaksa berjalan membongkok) · Sakit otot·
Sakit kepala·
Meloya·
Keletihan·
Bintik-bintik merah (rashes)
Demam berlarutan selama 5 hari dan boleh sembuh dengan sendirinya.Sakit sendi biasanya sembuh dalam tempoh beberapa hari atau minggu. Kebanyakan pesakit sembuh sepenuhnya tetapi ada yang kekal sakit sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.Amat jarang menyebabkan kematian.
Rawatan
Tiada rawatan khusus untuk demam Chikungunya.
Tiada vaksin untuk mencegah penyakit ini.
Rawatan lebih fokus kepada menghilangkan sakit (ubat tahan sakit) dan demam (ubat demam).
Diagnosis
Ujian darah serologi akan mengesahkan kehadiran imunoglobulin M dan G (IgM dan IgG) antibodi kepada Chikungunya virus. Virus Chikungunya boleh diasingkan dari darah dalam tempoh beberapa hari pertama jangkitan.
Hanya ujian darah sahaja boleh membezakan samada seseorang itu mengidap denggi atau Chikungunya kerana simptoms/tanda-tanda kedua-duanya (denggi dan Chikungunya) hampir samaDemam Chikungunya tidak menyebabkan penurunan tahap platelet (tidak seperti denggi).
Pencegahan dan Kawalan
Pencegahan dan kawalan adalah sama bagi mengawal demam denggi kerana pembawanya adalah sama iaitu nyamuk Aedes.
Pencegahan yang paling baik adalah dengan :
1. Membasmi nyamuk Aedes dewasa melalui semburan dan ubat nyamuk
2. Membasmi pembiakan jentik-jentik ·
- Membuang tempat pembiakan nyamuk seperti tin-tin kosong, sampah sarap, plastik, tayar dan lain-lain lagi yang boleh menakung air·
- Mengamalkan kebersihan·
- Meletakkan ubat pembunuh jentik-jentik di dalam tempat simpanan air
3. Mengelakkan dari digigit nyamuk ·
- Memakai baju/seluar panjang yang menutup tangan dan kaki·
- Menggunakan ubat nyamuk – semburan, lingkaran atau 'repellent'·
- Menggunakan kelambu atau 'net' biasa atau berubat yang menghalang nyamuk dari masuk ke rumah·
- Mengelakkan pengidap Chikungunya dari digigit nyamuk Aedes dengan memakai kelambu atau 'net' .
"Pencegahan adalah lebih baik dari Rawatan"
Wednesday, January 28, 2009
Trip To Johor-Singapore (Idrus Family & Tuk Dollah)
Set dimana P.Ramlee shooting utk filem Bujang Lapok.
Diperkarangan Istana Kg Gelam
Ni lah ferris wheel yang rosak hari tu. Hehehe
Kami berhenti utk solat di Masjid Singapura.
Jalan-jalan di Singapore..
Idrus dgn Cik Dolah
Kami ke JB utk ziarah Cik Dolah yg mana masa kenduri anaknya kami tdk dpt hadir. Juga mengambil kesempatan ziarah Long dan keluarga, Wan dan Klrga juga Ahmad Cik Yah sekeluarga. Pendek kata mcm raya rasanya. Pergi Singapura hanya day trip .
Di-blog oleh, Majidah Abdullah :)
Trip To Gold Coast - Idrus Family
Cuaca di sini sama je macam kat Malaysia cuma sentiasa berangin. Hahaha. Seronok!
Friday, January 23, 2009
TENTANG HARI KELUARGA
Cth hari keluarga bkn tdk boleh buat ditmpt lain, tp costnya byk, jd jika ada tabungan tiap2 bln kita semua mungkin hanya perlu tambah sedikit shj dan mungkin tdk membebankan sesetgh keluarga. Tmpt byk, jadi apa2pun kita kena rancang awal, kita ramai. Keluarga bertambah, anak bertambah dan pasti COSTNYA akan bertambah.
Marilah kita sama2 menghidupkanTABUNG HMS utk KELUARGA HMS juga.
Tapi jika pandangan ini tdk blh digunapakai, its ok its orait cuma pandangan saja. Harap2 blog ni berterusan Cik Yas, harap dpt kerjasama dr semuakan!
KAK IDAH, wangsa melawati.
Saturday, January 17, 2009
Menjadi Ahli Blog
Anda ingin menjadi Penulis Blog/Author di HMS Family ?
Selamat Datang !
Blog ini lancarkan oleh kerana memikirkan bertambahnya ahli keluarga kita dan kesemuanya berada di serata Malaysia. Ia diilhamkan oleh saudara Idrus kita dan saya ditugaskan sebagai admin blog ini. HMS ialah singkatan kepada (Haji M. Shuhud), sekiranya ada cadangan apa saja untuk blog silala beritahu saya...
Kesibukan aktiviti harian mungkin membataskan pertemuan yang kerap antara kita, so blog ini mungkin boleh membantu kita untuk menghubungkan kita semua..Insyallah. So, iharap semua dapat menyumbangkan apa saja idea-idea, perbincangan, gambar dan lain-lain..Selamat berblog...--Mohd Ilias