Thursday, May 28, 2009

Happy Belated Birthday April and May 2009 !


Salam,

Sorry busy sikit lately...apapun HMS Family mengucapkan selamat hari lahir kepada ahli-ahli seperti dibawah ! Semoga dipanjangkan umur dalam iman dan dimurahkan rezeki dalam iman...Kalau ada celebrate kat mana2 uploadlah gambar2 anda..

Birthday boys and girls April
-----------------------------
Zainah Hj Ahmad - 26th April
Muhammad Faris Idrus - 02nd April
Idris M Shuhud - 21st April
Nor Amira Alyah Idris - 8th April

Birthday boys and girls May
-----------------------------
Mohd Farhan Bin Islahuddin - 10th May
Hisam Jaya B hj Md Shuhud - 8th May
Mohd Nur Izlan Ishak - 25th May
Mohd Danish Irfan Ishak - 1st May


Kepada yang tarikh lahirnya berada di dalam bulam April dan May tetapi tidak tersenarai sila email kepada saya di mdellias@gmail.com

Salam Ceria!

Tuesday, May 26, 2009

HARI KONVOKESYEN DI UITM 26 MEI 2009




(Penganugerahan oleh DYMM Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin,Canselor UiTM)

TAHNIAH YAS......

HARI INI 26.05.2009 DI UITM SHAH ALAM HARI KONVOKESYEN.

MOGA KEJAYAAN HARI INI ADALAH LALUAN MUDAH UNTUK KERJAYA
ANDA DAN KELUARGA.

TAHNIAH...... TERUS BERUSAHA....

Saturday, May 23, 2009

BERSAMA HJ SHUHUD DI JALAN KEBUN & DI AIRPORT











14 Mei 2009 Khamis, kami kerumah Ishak untuk berjumpa mak dan abah, kerana semasa kenduri pak teh tiada di sini.

Makan malam bersama Mak dan Abah, masakan Pn Zilah buat mak kekenyangan lalu mengantuk

Abah mendapat urutan istemewa dari pakar tulang Wangsa Melawati...


Bergambar dengan tuan rumah di dapur cantiknya.


Abah sedang diurut, mudah-mudahan disana abah sihat.


16 Mei 2009, Sabtu - Dihari kenduri . Abah sedang menjamu selera.





Inilah rumah Ishak yang tersergam indah...memang berbaloi. Moga Ishak dan keluarga ditambahkan lagi cahayamata agar riuh rendah rumah ini.






20hb Mei 2009 - Rabu. Hari keberangkatan mak abah ke tanah suci mengerjakan umrah.






Abah dah bersiap awal2 lagi, malamnya abah bermimpi yang abah dah berada disana. Tengah2 sedap mimpi dikejutkan pula oleh mak suruh abah bangun solat.






Alhamdulillah akhirnya makbul juga doa abah untuk pergi umrah kali ini.





Bersama anak anak dan menantu sebelum berangkat ke KLIA





Bersama dengan ibu dan ayah zila.

Taklimat istimewa untuk Abah oleh Pak Lang....



Bergambar bersama mak dan abah.






Alhamdulillah rombongan dari JOHOR ni dapat visa, kalau tak tentu sedihhhhh






Sebahagian yang turut sama menghantar mak abah,long, kak long dan kak ina.






Mendengar taklimat dari Hijaz Legend,






Pasport diberi selepas taklimat .






21 MEI 2009, Khamis Wan dan Akma serta Nurha datang bermalam dirumah kami.



SELAMAT HARI JADI UTK NURHA PADA 1 JUNE 2009 - GENAP 1 THN.









Dua beradik ni pekena NESCAFE....

Monday, May 18, 2009

Siapa yang akan hantar rombongan umrah ke airport ?


Salam,


Sila comment di sini siapa yang akan ke airport pada 20 May 2009 ini. Mungkin ada yang tidak dapat hadir kerana jatuh pada hari kerja dan persekolahan.


Terima Kasih

Saturday, May 9, 2009

TERKINI PADA 9 MEI 2009, SABTU


Hari ini abah dimasukkan di Hospital Batu Pahat.

Wati dah satu minggu di hospital Tawakal, Dr menasihatkan agar menjalani pembedahan.

Friday, May 8, 2009

CORETAN ALONG DARI PLKN

SILA LAYARI :
CORETANWIRAWATI.BLOGSPOT.COM

BLOG INI DICORET OLEH FATIN NADHIRAH IDRUS SEPANJANG PENGALAMAN SINGKAT (SATU BULAN SETENGAH).

Wirawati seorang ni, nak pergi excited sangat dan kalau blh tak nak balik. Byk pengalaman positif yang ditimba disana. Seronok jumpa kawan kawan baru dari pelbagai latar belakang. Melihatkan gambar2 mereka, memang mereka seronok berada di sana. Hanya orang2 di luar yang banyak memandang negatif PLKN, atas isu isu yang kita dengar.

Alhamdulillah sepanjang berada di sana, kami juga tak putus2 mendoakan moga ALLAH melindungi semuanya dari sebarang perkara yang tak di ingini. Sesungguhnya YA MUHAIMIN Maha Penjaga dan Maha Pelindung, mohonlah kita padaNYA.

Gambar Ahli Keluarga HMS (2 Mei 2009)














SELAMAT HARI IBU


Assalamualaikum..

Diucapkan selamat Hari Ibu kepada semua ibu2 di HMSS Family..semoga menjadi Ibu Mithali sejati..

Selamat Hari Ibu

Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..

Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..

Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.

Ibu..
Walaupun kini kau jauh dimata,
Takkan kulupakan jasa pengorbananmu,
Tanpamu siapalah kami pada hari ini,
Semoga Allah merahmati dan menjagamu di sana...


Hasil nukilan:

Rozaimie

Wednesday, May 6, 2009

Kenduri 2 Mei

Ni acara budak2 kutip makanan, arahan tutup mata. Cuba tgk ada lak paknyah tolong c Haikal. dan ada bdk yg tak tutup mata, patutlah dpt byk....tak pe lain kali blh suruh cik ris uruskan lagi.

wah besar betul beg yg nak di isi mknan tu, yang besar ada, yang halus pun ada...

Ha kan betul, c pak nyah tolong anak dia rupanya... patutlah dpt byk... lain kali apa kata kita kurung pak nyah masa acara utk anak2?


Isi air guna span dlm botol, tgk kat ujung tu ada juga dia nyibuk... cik ris dan cik wan sekali sekala ajer... yang pak nyah tu ada aje acara budak2.



tertonggeng2 anak anak dibuatnya... membasahkan span utk di tuang dlm botol.


Wah2 Ika, byk betul kau kutip, tutup mata ke tak? Ngamok pak nyahnya anak dia Haikal tutup mata tu yang dpt sejemput jer... tu pun ditolong oleh pak nyah kalau tak lagi ciput jer dpt nya.



Ha ni giliran anak2 baling kelapa kecut, mari kita tengoh siapa yang kenaaaaa.



Ha ni cowboy dari parit orang kaya... ada ke kuda kat parit orang kaya tu... bukan main kempis lagi perut pak long dan pak teh ......


Ha ni bekas taukeh kuda... dah byk untung ke jual kuda2 tu.....ada gayalah long.


Mak teh dah terlentok kepanasan, mak long bukan main lagi senyum dan mak nyah menahan sakit tapi masih hadir memberi sokongan pada keluarga pak nyah....




Nak test baling buah kelapa tengok sapa yang kena.... memang kena air kaler hijau sampai tersembur air keluar.


Pak long tengah stand by nak baling kelapa kecut, kot2 kena lah air botol kaler apa agaknya.



Cik Sharil tengah berkira kira nak baling, camne nak baling tu . Ha si Pak long tengah komen apa lah agaknya tu.

Best, best memang best... sedap alhamdulillah. Ahli keluarga makan dulu, kali ni relax lah tak yah masak, tak yah basuh pinggan. Apa yg ditenung tu Mal, ambil jer....


Si pak nyah makan tak boleh kurang mak nyah. Nak duduk dekat juga tu, kau baik2 nyah, si mak nye dah sakit pinggang ... ehemmmm c haikal bukan main lagi menunggang air.


Apalah agaknya yang diperbualkan oleh Pak Teh dgn si Amal tu, bakal pengantin dengar nya.Ehem jangan lupa jemput mak teh pulak...


Monday, May 4, 2009

Malaikat Maut

BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.

Justeru itu tidak hairan jika ramai manusia yang masih mampu bersenang riang dan bergelak ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikir dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia sebenarnya adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

Meskipun mata manusia hanya mampu melihat alam benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.

Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.

Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dansempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.

Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaat.

Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingat mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak.

Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna.

Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya.

Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan menjerumus ke lembah bahaya itu.

Hakikatnya, ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan kepadanya.

Firman Allah Taala:

Yang bermaksud: "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."

(Surah Al-A'raf: ayat 34)

Al Fatihah

Assalamualaikum wbkt.

Dimaklumkan bahawa jiran kampung kita Kak Semah (isteri kepada Wak Rahmat) telah kembali kerahmatullah pada awal pagi ini 4 May 2009. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya majlis yang kita jayakan tempohari dapat menemukan Allahyarhamah dengan saudara mara yang hadir pada hari tersebut. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya dan tempatkan dia dikalangan hamba-hambaNya yang soleh. Wallahualam.