Tuesday, February 3, 2009

Pengumuman Terbaru !!

Assalamualikum semua..

Saya baru sahaja dihubungi oleh abang long kita Tuan Haji Ismail M. Shuhud. Beliau mencadangkan agar kita tidak mengadakan Family Day ini sebelum May 2009 ini terutama pada 20 May 2009 - 31 May 2009. Tarikh tersebut adalah keberangkatan rombongan Abah dan Emak ke Makkah untuk memunaikan ibadah Umrah, serta diiringi saudara Hj Ismail dan isteri serta Kak Linah. Oleh yang demikian, kesihatan mereka terutamanya Abah dan Emak/Atok & Nenek perlu diawasi agar tidak menjejaskan program asal mereka.

Long juga berharap kita semua akan bertemu di kampung pada tarikh yang akan diberitahu nanti iaitu sebelum tarikh keberangkatan untuk kita adakan Majlis Doa Selamat dan Mesyuarat Keluarga. Mungkin rancangan Hari Keluarga ini boleh juga dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Berikut adalah maklumat tentang Rombongan Umrah Abah dan Emak :

Tarikh Bertolak dari KLIA : 20 May 2009
Tarikh Tiba di KLIA : 31 May 2009

*Abah akan tiba dirumah Kak Linah (Seremban) sehari sebelum tarikh bertolak.

Bersama-samalah kita doakan keselamatan dan kesihatan mereka sebelum, semasa dan selepas menunaikan Umrah.

Harap Maklum dan terima kasih.

1 comment:

Pak Lang Odin said...

Elok kita buat hari keluarga dan kenduri doa selamat di kampung aje.jimat belanja.tarikh yang sesuai ialah pada sabtu dan ahad sebelum abah ke Mekah pada 31 Mei 2009.Kita buat event family waktu siang dihalaman depan rumah .malam buat kenduri atau mlm ahad buat kenduri siang Ahad buat family day.cadangan dari saya sekeluarga .Taman Desa permai Meru.