Wednesday, April 22, 2009

Sabtu 2hb Mei 2009 : Majlis Perjumpaan Keluarga HMSS, Kenduri Tahlil & Doa Selamat

CADANGAN ATURCARA PENUH

Jumaat 1/5/2009
2.00 - 3.00 ptg Ketibaan para ahli.
3.00 - 5.00 ptg: Rehat, Solat Asar & Ziarah Kubur
5.00 - 6.00 ptg: Bersih sekitar rumah dan sepak raga atau apa-apa aje ! (lelaki saja, bawak kasut sukan)
7.30 - 8.00 mlm: Solat Maghrib Berjemaah dan tazkirah di rumah
8.30 - 9.30 mlm : Makan mlm (mak & anak/menantu perempuan masak kot...)
9.30 mlm sampai ngantuk: teh tarek and blogging session

Sabtu 2/5/2009
6.00 - 6.30 pg: Solat Subuh
6.30 - 7.30 pg: Ziarah Kubur (untuk sesiapa yg tidak sempat pada hari Jumaat ptg)
8.00 - 9.00 pg: Sarapan Pagi
9.30 - 11.30 pg: Sesi Fotografi Keluarga, Sukaneka kanak-kanak & Dewasa
11.30 - 1.00 ptg: Makan tengahari
1.00 - 2.00 ptg: Solat Zohor
2.00 - 5.00 ptg Tahlil dan Jamuan (lepas tu kita kemas khemah dah!!)
5.00 - 7.00 ptg Lepas Solat Asar, bolehle lepak-lepak atau bersukan lagi
7.30 - 8.00 mlm: Solat Maghrib Berjemaah dan tazkirah di rumah
8.30 - 9.00 mlm : Makan mlm (makan nasi kenduri tu lagi dah!!

9.00 - 10.00 mlm : MESYUARAT AGUNG HMSS - semua Ahli atau wakil WAJIB hadir.
10.00 mlm sampai tertidur... kita borak-borak sambil pekena teh tarek, slide show and blogging session lagi

Ahad 3/5/2009
6.00 - 6.30 pg: Solat Subuh
6.30 - 7.30 pg: Ziarah Kubur (untuk sesiapa yg tidak sempat pada hari Jumaat & Sabtu)
8.00 - 9.00 pg: Sarapan Pagi
9.30 - 11.30 pg: KEBERANGKATAN PULANG AHLI KE DESTINASI MASING-MASING
. Sapa nak balik lewat atau tak nak balik pun boleh dahhh!

NOTA:
- Jangan lupa wang sumbangan diserahkan kpd Sdr Ilias untuk bayar caterer. Setiap anak dan cucu Hj M Shuhud yang telah bekerja diwajibkan menyumbang.

- Ehem...Bawak duit lebih-lebih sikit, Dana HMSS akan mengejar anda!

- Para ahli dinasihatkan ambil lunch sebelum tiba kampung.

- Sesiapa yang plan akan tiba sebelum Solat Jumaat 1/5/2009 dan lunch di kampung sila inform Abah/Mak. Takut nasi lauk dah habis !!

- Jangan lupa bawak tikar, bantal, selimut yang cukup dan keperluan makan minum keluarga masing-masing! Bilik tidur first come first serve.

- Sesiapa yang tidur berselerak, pastikan lelaki dewasa tidak tidur di ruang yang sama dengan para ibu dan anak gadis. Suami-suami tu sila ambil perhatian, tidurlah atas pokok pun boleh !

- Sesama kita jaga aurat masing-masing baik lelaki atau wanita dan hindarkan bersalaman sesama bukan mahram

- Berhati-hati memandu di jalan raya, kalau ngantuk berhenti isi minyak PETRONAS kat R&R..ehem...iklan sikit. Tok sah terkejo-kejor yop! Tapi tak le sampai 10 kali berenti!

- Berdoa agar ALLAH pelihara keselamatan kita semua dan berkati rancangan kita di kampung.
Amin.

Senarai AJK
Catering - Long
Finance - Yas
Sukaneka - Idris & Hisham
Blogging - Yas
Dana HMSS- Ruzi
Tazkirah - Faiz & Salih
Tahlil & Jemputan - Bang Din
Mesyuarat HMSS- idrus

JUMPA DI SANA !
Dah habis baca posting ni silalah hantar Comment, beri cadangan ke atau apa-apa je...jangan nyepi. Letih menulih ni...

16 comments:

Ilias said...

Salam,

Terima kasih kerana meyiapkan aturcara majlis yang agak detail (dah mcm perhimpunan agung umno hehe..)...

Saya nk beritahu disini bahawa kutipan dana kenduri dah mencecah RM800, bermakna 8 orang telah membuat sumbangan. Ada beberapa ahli yang meminta agar mereka menjelaskan dikampung nanti iaitu pada 1 Mei 2009 secara tunai. Ok, anda boleh berbuat demikian tapi make sure cukuplah pada hari tersebut sebab saya akan membuat bayaran kepada caterer dan kepada mereka yang mendahulukan pembelian barangan seperti hadiah dan lain-lain. Berikut adalah senarai yang telah membuat sumbangan :

1. Islahuddin
2. Idrus (ari ni katanya)
3. Ruzilah
4. Rafidah
5. Ralinah
6. Idris
7. Ilias
8. Ishak

Terima kasih.

Ilias said...

Sasaran dana ialah 1500 iaitu 15 orang penyumbang.

Majidah said...

Salam, wah mcm ni baru lah best.. pandai dah cik abang melawak. Cam tu lah, menantu masak no problem. Mak duduk kasi rehatpun blh.

Dgr ada acara LIMBO ROCK best tu... sape tukang bawak kayu balik kg? Sure meriah richman street dibueknye.

Harap2 dpt lah semua berkumpul,tp dgr sahak kena bertugas. Takpe lah dah tugas rasmi tak blh lah nak excuse.

Ilias said...

takpe kita akan rakam video and publish kat blog dari masa ke semasa untuk cik sahak di laut :)

Anonymous said...

Mungkin untuk energise semua ahli HMSS, saya cadangkan senaman ala-ala "poco-poco" dimulakan dulu. Yang mana otot2 yang dah tegang selepas gotong royong bersih rumah akan pulih kembali...Saya ada aturkan 4 acara permainan untuk kanak2 & separuh kanak2 dan 1 acara untuk orang dewasa. Semua goodies-goodies akan di sponsor oleh saya. Sebelum acara tersebut pembukaan rasmi Majlis Perjumpaan Keluarga HMSS akan dirasmikan oleh ayahanda.

Ishak-Family said...

Salam semua, tengok pada agenda yang diatur memang best, tapi sayangnya saya sekeluarga tidak dapat menyertainya. 28hb saya terpaksa ke perbatasan berhidmat untuk negara kalau tak pergi kurang lah Malaysia Gas dan Minyak..Anyway semoga semua bergumbira sepanjang program yang di atur. 1st May is birthday for Danish Irfan yang ke 3 tahun dan Izlan pada 25th May..ingat nak bawa balik kek, tapi tak kesampaian....Nanti bincang-bincangkan lah pasal proposal, during Abah/Emak/Kak Lina/Bang/Kak Long pergi Umrah supaya berkumpul di rumah saya untuk mengadakan Kenduri doa selamat...kalau ok saya akan ambil Abah/Emak 2 or 3 day before date berlepas..

Sekian wassalammm

farhan islahuddin said...

salam,

bagus cadangan aturcara tersebut...harap dapat berjalan dengan lancar..insyaallah.

hisham family said...

aahh!anak2 baru tidor barulah si ayah dapat bukak computer tengok blog ni.Kalu belum tido jangan haraplah ...keybord tak kemana monitor atas kepala!faham2 ajerlah anak2 masih kecil! lainlah dia org tu anak2 dah besar panjang!takler lintang pukang!jalan pun terangtangntang!tu yang kadang2 nak tidorkan dia orang dgn aku skali tertidor!blogpun tak sempat nak tengok!OKAy! berbalik pada rancangan family kita berkampung di kampong!nampaknya boleh berjalan lancar dengan adanya aturcara sedemikian rupa!Kalu tak lintang pukang agaknya!pasal sukaneka yang seronok skali nak tengok emak bapak budak sakit pinggang! KECUALI mak nyah sakit pinggang tuu.. di kecualikan dari segala pertandingan! saya cadangakan kalu boleh nak buat pertandingan panjat pokok kelapa bagi si bapaknya!ambil daun ketupat kemudian jangan turun selagi si emaknya tak siap anyam ketupat!AMACAM ADA BERANI?kalu sayang laki buat sampai jadi ketupat!kalu tak siap pak long,pak lang ko pak teh ko!tido atas pokok kelapa lerr!Bukan senang jadi ajk sukanneka ni...peserta kenalah ikut ketua!lepas tu berenang pulak kuak lentang kat parit depan tuu..!Baru lerr anak kampong parit orang kayaaaa!Baguslah kak zarah dah buat game utk anak2!kurang sikit kerjanya!budak2 tu ikut sajerr apa yang di suruh.Yang susahnya emak bapak dia orangnya yang banyak songehhel nya!KEna sportinglah sikit!Lain2 hal tak dapat nak komen sbb semunya dah okay!MALAM kita pekena kopi radex baru boleh pikir macamana nak Panjat pokok kelapa?ok...nanti sambung lagi dah pukul 3pagi!macam penulis blog pulak!

Anonymous said...

Ai.. barula dan nak memblog almaklumla anak tgh berceriak-ceriak ni.. best bebenor cdgan pak nyah tu. ha ni nak tambah 1 lagi.Anak kecik sape yg kuat melalak he he. ok jumpe di kg nnt!

uJi fAmiLy said...

saya wakil faiz, maaf dia keberatan utk memberi tazkirah pd majlis nanti.Kebimbangannya akan menimbulkan lagi kontrovesi.maka itu saya serahkan pd abang2..

angah family said...

tazkirah di gantikan oleh amal la..100% vote...hehehee...

uJi fAmiLy said...

Bagus2 pak nyah.. nampak bersemangat utk sukan negara.Skg musim panas lah air parit pun cetek entah2 kering kotang hehehe..

angah family said...

kalo pak nyah yang bagi tazkirah mmg tabik la..takut tazkirah lain yg dia bg nnti..sbb aura dia dah terlebih sgt...aku takde hal la mal nak bg tazkirah ni..tp bagi otai2 lama la yang lagi lebih layak nak bagi tazkirah ni..atok pn ley gak.....:-p

Ilias said...

Kalau susah sangat nk cari pentazkirah jemput je cik sarip tu, imam mesjit parit salam lagi, tak pun kita jemput ustaz Abdullah kat jalan baru tu(lorong seni),bekas pensyarah uitm sgamat, kita bagi dia topic "mahram"....nnt dia hulurlah sikit saguhati. Dia close dgn abah tuh...tapi cadangan je,sbb ingin tazkirah yg berkesan since ni pun baru nk masuk kali ke dua or tiga.

Ilias said...

ustaz abdullah tu, bekas imam mesjit spg lima, tapi baru kena banned sbb anti BN.

Zilah said...

Kepada semua saudara2ku selamat pulang ke kampung..berhati2 di jalan raya jangan lupa tali pinggang keledar ok,biar lambat asal selamat.Walaupun kami tak dapat pulang,kami doakan agar segala apa yang dirancang berjalan dengan lancar.
Sampaikan salam kami buat atuk,nenek dan semua.