
Assalamualaikum..
Diucapkan selamat Hari Ibu kepada semua ibu2 di HMSS Family..semoga menjadi Ibu Mithali sejati..
Selamat Hari Ibu
Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..
Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..
Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.
Ibu..
Walaupun kini kau jauh dimata,
Takkan kulupakan jasa pengorbananmu,
Tanpamu siapalah kami pada hari ini,
Semoga Allah merahmati dan menjagamu di sana...
Hasil nukilan:
Rozaimie
4 comments:
Bila Hari Ibu?
Seorang kawan aku ada SMS, “…bila hari ibu? ” agak berkerut kening aku masa baca SMS dia. Tengah SMS pasal exam, tiba2 dia tanya plak bila hari ibu. Setelah keningku tak berkerut lagi, aku balas SMS dia. “Tak silap aku, hari ahad minggu yang kedua dalam bulan Mei. Kiranya, ahad minggu depan la…”
…
Aku ada cerita tentang Hari Ibu. Ada sorang kawan aku nih, nama dia biarlah aku rahsiakan. Apa kata aku namakan dia Si A. Masa sekolah menengah tingkatan 4, si A yang bersekolah di asrama, nampak kawan dia yang diberi nama si B (dirahsiakan juga…ehehe) sedang membuat kad. Kad itu nampaknya sangat kreatif, penuh warna warni. Oleh kerana teruja melihatnya, si A bertanya kepada si B.
“Kau buat pe nih?”
Si B pula menjawab. “Ooh, aku buat kad. Nak bagi mak aku.”
Si A tanya lagi, “Mak kau? Besday dia ke?”
Tanpa menoleh ke arah si A, si B nih jawab, “Eh, taklah, esokkan Hari Ibu.”
Si A yang mencuri2 baca ayat di dalam kad itu pun mengangguk angguk paham. Tertera dalam kad tuh,
“Emak, selamat Hari Ibu, Along sayangggg sangat kat mak. Terima kasih sebab jaga Along selama nih, doakan kejayaan along.”
Entah kenapa, bila si A terbaca ayat tulus tuh, hati si A tersentuh.
Si B lihat si A sedang membaca kad yang ditulisnya, lalu si B bertanya pada si A. “Kau tak nak buat kad untuk mak kau ke? Aku ada banyak kertas warna warni. Nak ambik a,” sambil si B juihkan mulutnya ke arah kertas-kertas di sebelahnya.
Si A hanya geleng kepala. “Tak pelah. Thanks.”
Lalu, si A berlalu ke bilik prep yang lagi satu. Duduk di tempat belajarnya, dan meletakkan kedua-dua tangan ke atas buku, lalu kepalanya dijatuhkan. Si A tersentuh. Hatinya bagai ada seswatuh yang tak kena. Selama nih, tak pernah dia ambil kisah akan Hari Ibu. Tak pernah tahu pun akan tarikh itu. Tapi, bila ada seorang yang bertanya padanya, “Kau tak nak buat kad untuk mak kau ke?” Serasa dia mahu meminjam alat masa Doraemon untuk kembali pada 2 tahun yang lampau.
2 tahun yang lampau, walaupun emak si A masih sakit, tapi sekurang-kurangnya, emak si A mampu membaca kad yang dibuat oleh nya. Si A rasa sangat menyesal waktu tuh, sebab tak pernah ambil berat akan hal sekecik itu. Kalau si A buat kad tuh sekarang, pada siapa perlu diberi? Sampai ke tak kad tuh kalau dipos pada posmen? ... Yang pasti, si A bagitau aku, si A pasti sangat bahawa doa, dan Al-fatihah tetap sampai pada emaknya walaupun tanpa posmen, tanpa kad pada Hari Ibu. Tiap-tiap masa dan ketika, boleh sedekah Al-Fatihah. Cuma si A terkilan, tak pernah buat kad untuk si ibu.
Jadi, kesimpulan cerita si A nih, kalau kita masih ada emak dan ayah, tak kisahla hal kecik macam mana pun, tetap kena ambik berat. Walaupun cuma bagi kad, yang penting, hati tuh ikhlas. Setelah mendengar cerita si A, aku yakin dan pasti emak rakannya, si B, sejuk perut bila dapat kad si B.
Si A cerita lagi, keesokan harinya, hari Ahad, bila ada announcement panggil nama si B, “...perhatian kepada pelajar asrama bernama ....(dalam cerita nih, Si B)...sila datang ke pejabat pentadbiran asrama kerana ibu anda ingin berjumpa. Sekian.” Si A yang ketika itu sedang membaca majalah, dapat lihat Si B yang terkocoh-kocoh menyarung tudungnya, mencapai kad yang sudah bersampul dan sekeping coklat Cadbury. Hati si A tersentuh lagi. Sejam selepas itu, si A lihat si B naik ke dorm dengan membawa nasi ayam yang sangat sedap baunya. Nasi itu sangat banyak, malah cukup untuk disajikan kepada 22 ahli dorm itu. “Eh, korang. Marilah makan. Emak aku masak nih.” Terus berkerumun semua ahli dorm duduk mengelilingi nasi itu. “Air sirap pun ada nih.” Disuakan pula dua botol besar air berwarna merah.
...
Tutup cerita si A. Pendek kata, terus lah hargai jasa ibu dan ayah kita. Hilangnya tak berganti, patahnya tak tumbuh lagi. Selagi ada, terus lah ekspresikan kasih kita pada mak dan ayah kita. Jangan bila dah takde, baru sibuk nak menyesal. Tak payah tunggu hari Ibu atau Bapa, tak kisahla hari apa, jangan lupa doa ibu bapa. Yang sudah tiada, sentiasa sedekahkan Al-Fatihah....Sekian....tazkirah untuk hari ini...ehehe ;)
Kpd semua ibu2 dlm KELUARGA HMS dan ibu kita mak Habsah. Moga kita semua menjadi ibu yang baik, soleh, dan dapat menjaga anak2 kita hingga akhir hayat.
Sepatah kata Datuk Fadilah Kamsah:
JANGAN TAKUT ANAK TAK DENGAR CAKAP KITA, TAPI TAKUTLAH APABILA ANAK MELIHAT PERBUATAN KITA.
SELAMAT HARI IBU KEPADA ;
MAK HABSAH
KAK LONG
KAK LINA
KAK ZAI
LIZA
PIDAH
RUZI
ZAHRA
ZILAH
AKMAR
WATI
LIZA
DAN MENANTU2 ABANG LONG.
selamat hari ibu kepada ibu2 dalam family HMS...
Kepada Majidah binti Abdullah, I love you so much! Happy mothers day!
Saya juga ingin menucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu2.Tabahkan hati kuatkan semangat dan banyakkan sabar demi mendidik anak2.
Post a Comment