Didalam kemeriahan kita berhariraya, mengunjung sanak saudara. Menikmati makanan dan nikmat kedamaian hidup di sini, mereka di sana dilanda ujian besar dari Allah SWT dalam gempa bumi yang maha dahsyat. Ada ibubapa yang hanya mampu mendengar tangisan anak-anak mereka yang tersepit dibawah runtuhan konkrit, sehinggalah terhenti suara tangisan tersebut. Ada yang lenyap seisi keluarga, ada juga yang tinggal sebatang kara dan ramai juga yang yatim piatu. Ada bayi yang terselamat dalam dakapan ibu yang tidak lagi bernyawa.
Tiada siapa yang mampu melawan kekuasaan Pencipta yang Maha Berkuasa. Tidaklah Dia menjadikan ini semua dengan sia-sia. Mata dan telinga kita sendiri yang melihat dan mendengar kisah ini. Maka janganlah kita yang hanya rasa gegaran kecil sahaja disini terus lalai dan tidak terdetik keinsafan dihati. Taufan Parma yang dijangka melanda negara kita pada rabu lepas juga tidak menjadi kenyataan, bersyukurlah kita hendaknya. Bencana Tsunami pada tahun 2004 berlaku sehari selepas Hari Natal/Krismas kali ini gempa bumi sumatera berlaku lebih kurang seminggu lebih selepas Hari Raya Puasa. Kita masih menyambut hari raya di sini mereka terpaksa menerima bencana di sana selepas Hari Raya. Adakah ada kaitan dengan perayaan semua ini? Atau adakah Allah telah menunda bencana ni bagi memberi peluang menikmati kelebihan Ramadhan dan kemeriahan Hari Raya? Wallahualam. Sama-sama kita renungkan.
Mengimbau kembali bencana gempa bumi dan Tsunami besar di Acheh 4 tahun lalu...
Mungkin kita menghela nafas panjang selepas melihat video - video di atas, namun tidak cukup sekadar itu. Lakukanlah sesuatu untuk umat Islam,saudara kita di sana. Hulurkanlah bantuan kepada mereka yang sangat memerlukan bantuan kita di sini, walaupun hanya seringgit melalui Maybank seperti yang tertera atau pun layari ke maybank2u.com
5 comments:
Lebih kurang 6.20 petang pada 30 September 2009, saya masih dipejabat sedang mejawab panggilan telefon daripada kawan. Tiba-tiba meja saya seolah-olah ditolak-tolak dan monitor LCD bergoyang2. Pada mulanya saya ingat mungkin pensyarah dibilik sebelah sedang membetulkan kedudukan mejanya. Akibat perkara tu berlaku 3 kali sambil merasakan bangunan sedang bergoyang bila saya berjalan untuk melihat ke luar tingkap saya pun keluar untuk melihat kalau2 betul ada professor disebelah bilik saya, rupa2nya dia tiada dan kebanyakan pensyarah dah balik pada masa tu. Saya yang masih lagi berbual dgn kawan melalui telefon bimbit pun tanya dia samada terasa gegaran tak, dia masa tu di stesen LRT, dia pun rasa stesen LRT tu bergoyang2, kami syak ini mungkin gempa bumi macam tahun 2004 dulu. Saya pun bercadang nak turun ke bawah tinggalkan opis, tapi mcm tak caye je, sempat pulak check kat google kalau2 ada berita gempabumi, tapi tak jumpe pulak, yang ada gempa dan tsunami di Kepulauan Samoa beberapa hari lepas. Apa2 pun saya berkemas dan turun jugak ke bawah dari tingkat 4 tu. Dalam perjalanan balik dengar saya Radio24 (Bernama), memang betul ada gempabumi di Sumatera Barat berskala richter 6-7. Sahlah tadi tu memang kesan gempa bumi, walaupun pejabat ditingkat 4 saje, mungkin kedudukan universiti di atas bukit menyebabkan gegaran lebih kuat dirasakan.
Alah..Itukan orang lain bukannya kita.Kita masih selamat lagi.Nasib baik bukan kita.Klu itu cara penerimaan kita didalam hati nampaknya kita silap..sekelip mata sahaja rasanya jarak masa dari bencana Tsunami dengan gempa bumi terkini berlaku..begitu dekat sekali..Maka sebenarnya begitu jugalah dekatnya kita dengan alam barzah..kisah saudara saya yang meninggal dunia didalam kenderaannya selepas sahaja menukar salah satu tayarnya yang rosak juga memberitahu yang mana selepas beliau keluar dari kereta alam barzah beliau sudah berada didalam keretanya..Mahasuci Allah yang mahu menerima segala Taubat kita...
Innalillahiwainnalillahirajiun...Allahukabar
betul ckp cf, jgn pikir kita takkan langsung. kita tunggu masa jer.
nak pegi x kira tua, muda pun dah ramai..tiba2 je dgr dah x de..pegi awal bagus juga..kalau dah byk amalan. Maka stoplah catatan dosa dan stop juga catatan pahala dan sedekah kita.
Perbykkan apa nak dibawa, kurangkan apa yg nak ditinggalkan. hrp saya dan kita semua muhasabah diri kita dan istiqamah terus..
Post a Comment