
Baru-baru ni kecoh di PD orang cerita pasal buaya serang seorang lelaki. Memula saya dapat email je, hari ni kuar surat kabar Kosmo pulak. lelaki tu terpaksa terima 50 jahitan. Walapubagaimanapun pihak Perbandaran PD menafikan kewujudan buaya tersebut atas alasan buaya tidak boleh hidup di air masin dan meragui cara serangan serangan yang dikatakan oleh buaya tersebut kerana kebiasaannya buaya tidak akan melepaskan mangsa dan menggulingkan mangsa hingga mati.
Sebenarnya cerita ni dah ditimbulkan awal sejak tahun lepas lagi apabila seorang ahli pecinta alam Khoo Swee Seng, telah menemui objek kelihatan seperti buaya berhampiran pantai Tanjung Tuan. Beliau yang pada mulanya ingin meninjau reptilia yang ada disekitar pantai tersebut terkejut apabila melihat buaya tersebut dan sempat mengambil gambar buaya tersebut (lihat di atas)
Di Melaka juga, pada tahun lalu Jabatan Perhilitan telah menangkap seekor buaya di pantai Klebang. Mereka mendakwa buaya ini tersesat. Tapi apakah benar buaya tersebut tersesat? Atau buaya tersebut memang dah familiar dgn air masin sebenarnya? Hanya buaya tu yang tahu?
Di Australia memang ada spesis buaya air masin yang dikenali sebagai Australian Salt Water Crocodile atau nama saintifiknya Estuarine Crocodylus Prosus. Buaya air masin ini lebih ganas daripada buaya sungai dan saiznya lebih besar dan dikatakan boleh berada di darat lebih lama dan jauh dihutan.
Seorang kanak2 perempuan di Australia hilang dilarikan buaya spesis itu ke dalam hutan. Polis mencari mangsa sehari suntuk,namun gagal.
Samada benar atau tak, kita sama2 tunggu dan lihat penemuan terbaru. Tapi kalau mmg sah ada pun , mungkin kerajaan NS takkan disclose takut pelancong PD berkurangan. Berikut adalah petikan berita tahun lalu :
PORT DICKSON: “Saya tidak menyangka ketika cuba meneropong pelbagai raptor di kawasan ini tiba-tiba objek yang saya lihat dalam teropong itu adalah seekor buaya,” kata Ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Khoo Swee Seng, semalam.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin ketika dia dan isteri bersama dua sukarelawan datang ke Tanjung Tuan dekat sini, untuk memenuhi hobinya meneropong pelbagai jenis raptor di kawasan itu dan terkejut apabila ternampak kehadiran seekor buaya sepanjang kira-kira 2.5 meter.
“Setiap tahun saya datang ke Tanjung Tuan sempena Minggu Melihat Raptor untuk menyaksikan penghijrahan pelbagai jenis raptor seperti helang yang menyeberang dari Pulau Rupat, Sumatera ke sini, tetapi kali ini, saya tidak menyangka seekor buaya berada di kawasan ini.
“Buaya yang dipercayai buaya air masin atau nama saintifiknya, estuarine crocodylus prosus, muncul kira-kira 20 meter dari pantai selama kira-kira 30 minit dan kelihatan bergerak melawan arus ke arah selatan,” katanya di sini, semalam.
Oleh yang demikian kepada family yang ingin berkunjung ke PD saya rasa takde masalah cuma at least anda memikirkan sedikit tentang risiko baru ini apabila berenang atau bermain air dipantai PD...
1 comment:
Ni buaya sesat atau dah jemu duduk dalam sungai kot!
Post a Comment