Sunday, February 28, 2010

ZIARAH CIK SARIP & CIK YAH (26 FEB 2010)

Bertolak awal pagi selepas sarapan, kami menuju ke Lancang kediaman Hajar. Tapi memandangkan masih awal kami terus menuju ke Temerloh. Menikmati pekan Temerloh dan sempat singgah dibeberapa tempat. Solat jumaat di Temerloh, di mana kami yang lain lepak di KFC.


Hanya mengambil masa 1 jam dr Wangsa Melawati untuk tiba dikediaman Hajar. Biasalah Cik Yah sambut dgn ramah mesra anak2 buahnya.

Terasa macam mak sendiri..

Alhamdulillah Cik Sarip nampak sihat dr bulan Disember lalu, tengah berpantang. Dan byk buat exercise tiap2 pagi, disamping riuh rendah cucunya (anak Hajar 3 org) selalu bergaduh datuknya, atuk nak tgk bola, cucu nak tgk kartun. Cari remote sampai x jumpa. Ini juga sebahagian terapi yg membuat cik sarip sihat.

Dah boleh bangun sendiri tanpa memegang perabut dsb, cuma kenalah pegang lututnya.

Alhamdulillah banyak beransurnya dari ziarah kami yang dulu, hari rabu lepas abang odin dan keluarga dtg ziarah mereka.

phuhh, Hajar ni rupanya pandai dan rajin masak, macam Cik Yah. Dia buat soto aduhhh pedas dan kuah sotonya sedap giler.. blh berniaga lah.

Kalau blh nak dtg lagi nak pekena masak asam ikan patin pulak. Cik Yah kata masak asam Hajar sedap, pujian mertuanya.

Dlm gambar ni, suami Hajar tiada dia ke KL ada urusan, anak sulong Hajar dlm bilik, maluuuu.

Ada kesempatan nak rasanya pergi lagi...tak lama lagi Hajar dah tak duduk Lancang kot, dgr nak pindah Mentakab.

1 comment: