
Saya dan keluarga menziarahi Pak Lang di rumahnya pagi tadi. Alhamdulillah, zahirnya nampak sihat, tapi kesakitan di bahagian kaki kirinya dari pinggul hinggalah ke hujung kakinya mengugat bila dia berjalan. Doktor mengesahkan Pak Lang mengalami Piriformis Syndrome iaitu gangguan pada sistem urat saraf (sciatic nerve) di kawasan pinggul akibat daripada otot Piriformis yang "stress". Gangguan itu menyebabkan rasa sakit pada seluruh kaki.
Perlu buat fisioterapi sendiri setiap hari untuk kendor otot tersebut.
Harap Pak Lang tabah dengan ujian ini pula, bersabar dan tidak putus asa berikhtiar dan berdoa kpd Allah semuga segera sembuh.
Amin.
6 comments:
Semoga pak lang buat fisioterapi dan jgn buat kerja berat2. untuk mak lang moga terus sihat juga jgn angkat pasu alih sana, alih sini. Nanti sakit pinggang tau.
Farhan teruskan sambong belajar lepas ni, dan Najwa harap dah mula buat persediaan utk SPM thn depan.
- MAK TEH
woww macam masuk website medic jee bila ada gmbr tuu..
hehe
paklang, along doakan semoga cepat sembuh...sama juga untuk mak lang , najwa, farhan, and kakak... take care semua...
doakan untuk along di sini juga yee!!!
Wa, spm 1 year to go. get ready..
* reminder untuk Wa ni, reminder untuk adik saya yang tercinta itu juga ye, fatin nabilah Idrus.
Oh patutlah cikyas jumpe article ni kat umah pak lang petang smalam..ayah yg bawa rupanya...betullah pak lang kena byk2 bersabar dan berehat..setiap sakit mesti ada penawarnya..sama2 kita doakan dan klau ada info bolehla foward kpd pak lang..mana tau dapat membantu..wassalam
Terima kasih kepada pak teh sekeluarga kerana sudi datang menziarah pk lang..terharu dan rasa hiba kerana penyakit yang pk lang hadapi dapat dikongsi dan perhatian bersama. Terima kasih atas inisiatif pk teh kerna mendapatkan artikel mengenai penyakit kronik sndrom piriformis.Insyallah, pk lang akan cuba sebaik yang mungkin ,dapat kurangkan kesakitan pun, alhamdulillah. Terima kasih sekali lagi pada pk teh sekeluarga dan yas.Terima kasih pada anak buah pk lang yang jauh dimata dan diingati selalu..insyallah muga dengan doa along ,allah makbulkan..pk lang pun doakan agar along tabah dan sabar menghadapi cabaran dan dugaan di tempat orang.Insyallah pk lang doakan semuga along berjaya dan balik dengan segulung ijazah bergelar doktor..tunggu along balik untuk pk lang buat gigi palsu yang baru..he..hee..hee.
buat gigi palsu baru?
skrg ni paklang pakai gigi palsu kee?? waaaa hehehe...hehe insyaAllah..masa pun berjalan dengan pantas sekali..naik tahun 3 nanti alg belajar buat gigi palsu...
okay take care paklang!
SALAM, SEMUGA ABG DIN CEPAT SEMBUH, INSYALLAH. SALAM DARI KAMI SEKELUARGA.
Post a Comment