Mohon dapat kerjasama dan sokongan Tuan-Puan untuk hadir bagi memeriahkan majlis initersebut.
Amal, sila maklumkan jika ada percanggahan atau perubahan.
Jumaat, 2 Julai, 2010 - Majlis Akad Nikah (lepas Solat Asar)
3.45 ptg - Bertolak dari rumah Tuan Hisham ke Surau AlFalah, Taman Cempaka.
- WAJIB pakai Baju Melayu & songkok bagi lelaki. Untuk perempuan pulak, paham-paham le....Yang datang terus dari pejabat, sila pakai kemeja dan songkok sebaiknya.
- Majlis akad nikah akan diadakan selepas solat Asar di Surau AlFalah, oleh itu rombongan pengantin lelaki perlu tiba di surau lebih awal sebelum waktu Asar.
- Barang hantaran (dengar ada 7 dulang...) akan dibawa sekali. Tengok jumlah peserta tu, no problem boleh angkut semua..
- Peserta rombongan yang telah confirm join (senarai di bawah) seeloknya berkumpul di rumah Tuan Hisham selepas solat Jumaat. Kalau awal lagi apa salahnya, tapi tu kena tanya Tuan Rumah...mana tau ada baryani gam ka...
- Jamuan makan selepas nikah akan diadakan di surau tersebut juga, jadi tak payah le ke rumah pengantin perempuan. Ehem... Amal kena ikut rombongan balik lepas jamuan tu, sori!
1. Pak Lang (Ketua rombongan & jurucakap)
2. Pak Ngah
3. Mak Ngah
4. Nurul
5. Idrus
6. Majidah
7. Hisham
8. Wati
9. Angah (dari pejabat)
10. Idris (dari pejabat)
11. Ilias
12. Liza (isteri Ilias)
13. Pengantin Lelaki Amal
14.????
Jumaat 2, Julai 2010 - Majlis Berinai (lepas Solat Isyak)
- Sesiapa ingin join, maklumkan kepada saya atau Amal. Peserta yang jauh macam Pak Lang dan Yas, kalau nak join trip tak payah le balik Kelang/Nilai lepas akad nikah, maklum aje traffic jam. Dijemput lepak di rumah saya atau Tuan Hisham.
- Sesiapa nak join terus dari rumah, sila berada di Surau AlFalah sebelum masuk waktu Isyak. Rujuk peta pada kad jemputan atau guna Google Map
- Dinasihatkan parking kereta anda di kawasan surau, memandangkan jalan didepan rumah pengantin perempuan yang agak sempit.
- Rombongan akan berjalan kaki ke rumah pengantin perempuan, exercise sikit...dekat aje kata Amal...
- Diminta seboleh-bolehnya semua ahli keluarga HMSS hadir ke majlis ini untuk meraikan majlis perkahwinan Amal dan bakal isteri.
- Sila berada di Surau AlFalah yang sama sekitar jam 12.45 tengahari. Parking kereta di surau dan kita jalan kaki aje ke rumah pengantin perempuan.
- lepas Solat Zohor, kita hayun kaki iring pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. cari nasi minyak dah...
- Kepada Tuan-Tuan, Pak Cik-Pak Cik dan Abang-Abang, pakailah yang kemas-kemas, jaga imej HMSS. Pakailah kemeja ke atau batik ke. Nak pakai baju melayu lagi cun! Janganlah pakai tshirt lusuh dan ada chap-chap pulak lagi, maaf cakap....
6 comments:
waaaaaaa... x dpt join..
semoga semuanya berjalan dengan lancar ye.. amin~~
ok roger..thanks for the info! Insyallah jumpe disana..baju melayu color ape pun tak pe ke?
Salam, Bang Ros dan Amal, saya mintak maaf masa nikah time tak dapat hadir hanya malam berinai dan esoknya insyallah saya dan family akan datang, harap maklum..
berwajah segar blog ni skrg..slmt pgantin baru kpd yg akan berkahwin nanti ..
salam .. amal .. cik liza mnta maaf tak dpt mnyertai rombongn pnikahan amal .. tp akn dtg pd 10hb d rumah seremban .. cik liza doakan smoga mjlis pnikahan amal bjalan dgn lncar .. dan dbrkati Allah .. insyaAllah ..
tengok bantal pelok terpelok2...tengok org kahwin terjenguk2..ala..emak x lama lgi aku nak kahwin..itulah lagu yg selalu c amal nyanyikan .he33..xsabor2 la tu..insyaallah majlis akan brjalan lancor...amin
Post a Comment