Tuesday, July 14, 2009

TAZKIRAH DI SURAU WANGSA MELAWATI

SOLAT :

- Jangan buat solat hajat bila ada masalah sahaja.
- Orang yang meninggalkan solat subuh menyerupai babi.
- Orang yang meninggalkan solat zuhur sama seperti meruntuhkan kaabah.
- Orang yang meninggalkan solat maghrib seperti berzina dgn ibubapa.
- Malaikat melaknat orang yang tidak solat.
- Orang yang tidak solat jangan diziarah masa sakitnya dan jenazahnya jgn di iring.

ORANG YANG TIDAK SOLAT ADA 15 KESIKSAAN ;

6 MASA HIDUP
3 MASA HENDAK MATI
3 MASA DIDALAM KUBUR
3 MASA DI AKHIRAT

MASA HIDUP:

1) ALLAH tanggalkan baraqahnya.
2) dihilangkan wajahnya wajah orang soleh dan solehah.
3) tiap2 amalan tidak diberi pahala.
4) ALLAH tidak terima doa2nya dan malaikat tidak bawa doanya ke langit.
5) dimurkai segala makhluk dan tidak suka padanya.
6) tidak dapat doa dari para solihin.

3 MASA HENDAK MATI:

1) mati dalam hina.
2) mati dalam lapar
3) mati dalam dahaga.

3MASA DALAM KUBUR:

1) disempit dan dihimpitkan jasadnya.
2) dinyalakan atasnya api seperti dipanggang.
3) malaikat yang wajahnya seperti ular, kukunya sepanjang 100 hari perjalanan, suaranya amat
menakutkan dan kita dipukul. Mayat terbenam kedlm bumi dan dicungkil dgn kukunya.

3 MASA DIAKHIRAT:

1) Allah seret muka kita.
2) ALLAH lihat dgn murka.
3) Dihisab dgn tiada timbang rasa.

Sabda Nabi S.A.W, jika orang itu sengaja tinggalkan solat fardhu nama orang akan ada dipintu neraka.

10 GOLONGAN ALLAH TIDAK MAHU PANDANG DIAKHIRAT:

1) Orang yang suka berzina
2) Raja yang zalim
3) Orang yang mengekalkan minum arak
4) Orang yang derhaka pada 2 ibubapanya
5) Orang yang berjalan2 suka menyampaikan cerita
6) Orang yang jadi saksi bohong
7) Orang yang tidak bayar zakat
8) Orang yang makan riba
9) Orang yang zalim
10) Meninggalkan SOLAT digandakan siksanya dan dihalau ALLAH pada hari kiamat.

AMEEN

1 comment:

Anonymous said...

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.” Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”

Sebagai lelaki mereka harus ingat bahawa wanita ini hanya menanggung dosa mereka sahaja walaupun jumlah mereka lebih ramai di neraka..tetapi kamu wahai lelaki akan menanggung dosa dosa isteri2 kamu dan anak2 kamu sekiranya terpalit dosa pada mereka..