Tuesday, July 14, 2009

SEKADAR RENUNGAN

TANDA-TANDA HATI MATI

1) Bila buat dosa tak rasa bersalah.

2) Bila tidak SOLAT tak rasa bersalah.

3) Banyak cakap tentang perkara yang sia-sia.

4) Terlalu banyak makan, tak kenyang2.

5) Banyak tidur - asal cuti tidur, sabtu ahad bangun lambat, tengok tv pun tertidur.

3 comments:

Ilias said...

Dulu masa di UiTM Melaka ada 1 hari tu saya nak ke tandas dlm lebih kurang 2 pagi, tiba2 seorang budak lelaki ni sedang berkawad di kaki lima asrama. Saya bertanya dgn kawan , apekehalnya budak tue kawad pagi2 buta ni. Rupa2nya dia kena raging dgn senior sebab tak tahu baca fatihah dan tak tau mengucap dua kalimah syahadah. Bila ditanya soal solat dia tak pernah kerjakannya dan dia kata dia pun tak pernah tgk ibubapa dia solat apatah lagi nak menyuruh dia solat. Senior2 tu semakin berang bila disuruh mengucap dua kalimah syahadah dia baca istigfar. Ibubapanya berjawatan besar,namun senior2 ni tak peduli, macam2 diragingnya budak tu berhari2 sampailah dia pandai baca fatihah.

Salah siapakah perkara ini berlaku? Ibubapa atau pelajar itu sendiri yang dah tahu bezakan buruk & baik. Seorang ustaz pernah berkata, salah satu puncanya ialah ramai ibubapa moden yang marah bila anaknya tak lulus periksa atau lemah dlm pelajaran tapi tak marah bila tak solat.

Satu cerita lagi mengenai seorang kawan saya di UiTM juga, pernah jadi roomate. Dulu dia seorang yang soleh dan bekas pelajar sekolah agama. Pagi2 subuh dia yang kejut saya ke masjid dan baca quran smpai siang. Tapi bila dah hujung semester nk grad dia dah berubah, dah ramai kawan2 yang kepala gila dan mula culas solat. Sampailah suatu hari saya bertanya dia "kau dah solat belum?" dia kata "Yas, aku dah tak..". Saya bertanya lagi,apa maksud dia. Dia jelaskan dia dah malas nak solat lagi dan tak nak ingat zaman kebaikan dia. Saya terkejut dengan pengakuan dan peringatan dia supaya jgn ingatkan dia solat lagi. Bila kami dh grad masing2 bawa haluan masing2, ada sekali dlm tahun lepas dtg ke rumah dia and saya nk tmpng solat. Dia adak mengelabah mencari sejadah,itu pun dh lama jadi alas sterika. Masyallah. Saya tegur juga, tapi umpama mencurah air didaun keladi. Dia seorang pelajar pintar yang sering dapat anugerah dekan yang saya sering cemburui prestasinya. Alhamdulillah final CGPA saya dpt potong dia itupun 0.02 je bezanya, sekarang seorang Information Architect. Apakah ertinya kehidupan bagi mereka ini? Wallahualam. sama2 kita renungkan dan jadilah sempadan.

Idrus said...

Tersentuh hati dgn cerita pelajar dan rakan Yas tu.

Jadi pengajaran utk kita dan anak-anak. Juga bersyukur kerana memberi kita iman dan terus berdoa agar kita mati dalam iman..

CF said...

Soal solat bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa2 (tanpa iman)...hanya dengan pengetahuan tentang solat tidak bermakna solatnya diterima..Allah Taala memilih siapa yang dia mahu pilih untuk beriman atas sifatnya yang berkehendak..Potongan firman Allah : A'llamal insaana ma lam ya' lam..membuktikan Allah memberi ilmu kepada MANUSIA tentang apa yang mereka tidak ketahui..sesungguhnya Allah tidak memilih orang islam sahaja untuk memberikan ilmu pengetahuan bahkan memberi petunjuk untuk perkembangan ilmu tersebut kepada manusia sejagat (kuffar,musyrik,munafi..Tetapi Ingatlah kita bahawa Allah jualah yang menentukan kepada siapa iman itu akan di kurniakan.

Apalah ertinya ilmu akedemik yang tinggi sekiranya ia tidak turun kepada kita berserta hidayahnya..waalahu'alam bissowab..