Assalamualaikum saudara-saudara yang dikasihi,
Saya berada di kampung pada 4 - 5 Julai dan sempat membuat tinjauan rambang mengenai keadaan lantai rumah yang sedang diserang hebat oleh anai-anai. Gambar-gambar di bawah adalah di lantai bilik depan sekali bersebelahan bilik Abah.
Anai-anai bekerja siang malam tanpa henti dan jika kita biarkan rumah tersebut boleh runtuh secara tiba-tiba! Lantai yang dilitupi carpet dan tikar getah mengalakkan anai-anai dan sukar untuk kita lihat sejauh mana kesannya sehingga kini.
Saya telah berbincang dengan saudara Ishak dan beliau setuju untuk mengetuai operasi bongkar tikar dan bunuh anai-anai pada hari Sabtu/Ahad yang akan ditetapkan nanti oleh beliau.
Dengan membongkar tikar/carpet dapat kita nilaikan keadaan sebenar sebelum membuat tindakan selanjutnya
Saya menyeru tenaga sukarela anak-anak dan cucu-cucu lelaki Hj Shuhud untuk untuk menyertai operasi ini demi kesejahteraan Abah dan Mak. Mereka yang dari KL boleh car pool dan tidak perlu bawa family.
Ishak, sila plan dan lancarkan operasi Bongkar dan Bunuh sesegera mungkin sebelum Ramadan.
Wassalam.

11 comments:
Assalamualaikum,
Saya masih belum ber kesempatan bercakap dengan abah dan emak berkenan membaiki lantai rumah yang di serang anai-anai tu. Untuk makluman semua saya tak pernah berjanji dengan emak dan abah untuk turunkan rumah tu.. cuma cadangan untuk baiki lantai rumah jer, itu pun kena bincang dengan adik-beradik dulu... Apa yang sudara sekelian dengar dari emak tu adalah tidak benar.. saya akan beritahu pada abah dan emak apa yang di persetujui oleh adik-beradik semua.. kita hanya baiki lantai sahaja....
So cadangan gotong-royong untuk memburu dan memusnahkan anai-anai tu date nya saya tetap kan pada
18hb-19hb July or 25hb-26hb July or 1hb-2hb Ogos. Tapi pada 25hb. tu saya ada Course tak dapat balik.. so macamana pendapat semua??
Setelah berbincang dengan Abah mengenai anai-anai tu Abah setuju untuk kita baiki sahaja lantai yang rosak di baham anai-anai tu. Juga memberitahu abah kiranya turun kan rumah tu akan menelan belanja yang besar (anggaran 100K utk materials dan upah) Abah pun tak bersetuju dengan kos itu.
So minta pandangan abang-abang, adik-adik dan cucu-cucu semua pilih tarikh yang sesuai dan telah di cadangkan diatas dengan segera untuk kita semua gotong royong memburu, membunuh, memenjarakan (ISA) anai-anai ini...selamat berjuang di perbatasan...
assalamualaikum
Saya stuju untuk operasi membanteras anai-anai tu. Mengikut teori sains rumah yang diserang anai-anai ni selalunya rumah yang kosong. Mungkin bahangian atas jarang digunakan, time raya or kenduri je sarat. Mengenai tarikh saya hanya dapat turun 18-19 July sebab 24-26 saya ada workshop manakala 29 & 1 ada konvokesyen n bbrp program yg melibatkan saya.
Mungkin kita bole kira brp keping papan yang dah rapuh & kita ganti yg tu dulu klu perlu. Kos 100k tu terlalu tinggi rasanya, repair is best option 4me..
assalamualaikum
Saya stuju untuk operasi membanteras anai-anai tu. Mengikut teori sains rumah yang diserang anai-anai ni selalunya rumah yang kosong. Mungkin bahangian atas jarang digunakan, time raya or kenduri je sarat. Mengenai tarikh saya hanya dapat turun 18-19 July sebab 24-26 saya ada workshop manakala 29 & 1 ada konvokesyen n bbrp program yg melibatkan saya.
Mungkin kita bole kira brp keping papan yang dah rapuh & kita ganti yg tu dulu klu perlu. Kos 100k tu terlalu tinggi rasanya, repair is the best option 4me..
Kepada anai-anai yang membaca blog ini, anda semua boleh bersedia untuk cabut lari sebelum kami memusnahkan anda semua...watch out!
Alangkah bagus kalau anai2 pandai membaca ya cik yas...tak yah susah2..Tapi tak pe nilah masanya untuk anak2 pula berbakti pada oarang yang kita sayangi dan banyak berdoa untuk kita.
SELAMAT BERJUANG!
Salam,
Terima kasih kpd Ishak, Yas dan Amal yang segera menyahut panggilan jihad ni..
Ishak,
SMS kpd wira-wira lain, minta dia orang refer to blog.
Assalamualaikum..!
Alhamdulilah... semua nampak bersemangat utk berjihat takbir..! kita serang habis2san.Insya`Allah saya boleh turun pd 19hb nie, pd date lain ada progrem lah...Saya jugak bersetuju cadangan membaiki saja rumah kita tu...kos agak tinggi.klu 100k boleh buat banglo tu.. ataupun kita buat banglo utk abah& emak je lah..Amacam ada berani he3.
Selamat berjuang..
Selain dari tempat kita membesar, rumah itu juga adalah wad bersalin merangkap labour room bagi sebahagian daripada 12 org termasuk saye..:) kalau nak kira usia saya je dah 29 tahun, usia abang2 & akak2 lagilah lame rumah tu huhu...ini ckp ttg usia rumah je..kira dah lama jgk anai2 tu ushar..
nak tanye siapa yang mula2 lahir dirumah tu yek?
Entah lah Yas...kalau tak silap Bang Idris kot.. utk kepastian tanya Abah...Anyway..pada mereka yang akan berangkat kekampong untuk berjuang di ucapkan terima kasih diatas commitments yang ditunjukkan oleh anda semua dan "Drive Safely" not "Drive as Drifter" kita jumpa di kampong.
Saya akan bawa balik Racun anai-anai, Electric Pistol (hand drill machine..lah) dan sewaktu dengannya..Kalau ada tools or senjata (machine gun) boleh lah bawa balik..
wassalam..
Post a Comment